signal yellow | kuning kunyit | Kesenian | Tiada | Tiada |
chrome yellow | kuning krom; kuning kunyit | Kesenian | Tiada | Tiada |
chrome yellow | kuning krom; kuning kunyit | Kesenian | Tiada | Warna kuning kemerahan. |
saffron | kuning kunyit | Kesenian | Tiada | 1. Pewarna kuning yang diperolehi daripada bahan safron. |
kunyit(Ir.) | kunyit(Ir.) | Kesenian | Tiada | Corak tenunan berunsur benda berbentuk batang mancis yang lazimnya berwarna kuning seperti warna kunyit. |
natural food dye | pewarna makanan semula jadi | Makanan dan Pemakanan | Makanan | Pewarna semula jadi yang diekstrak daripada buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan. Contohnya, warna merah daripada strawberi dan paprika, hijau daripada daun pandan, dan kuning daripada kunyit atau safron. Pewarna semula jadi perlu digunakan dengan jumlah yang banyak dalam makanan berbanding dengan pewarna tiruan. |
curcumin | kurkumin | Herba | Fitokimia | Sebatian utama yang terdapat dalam kunyit. Kumpulan sebatian ini dikenali sebagai sebatian kurkuminoid dan dicirikan dengan kewujudan dua unit feruloil yang digandingkan melalui satu unit metilena. Dua sebatian kurkuminoid utama lain yang juga terdapat bersama-sama kurkumin ialah demetoksikurkumin dan bisdemetoksikurkumin. Kurkumin wujud dalam dua bentuk tautomernya, sama ada keto atau enol. Kurkumin digunakan untuk pengukuran kuantitatif unsur boron yang dikenali sebagai kaedah kurkumin. Kurkumin berwarna kuning terang dan boleh digunakan sebagai pewarna makanan. Kurkumin dibuktikan bersifat antioksida, antiradang dan mencegah penyakit kanser. |
food colouring | pewarna makanan | Makanan dan Pemakanan | Makanan | Pigmen atau bahan yang menghasilkan warna apabila ditambahkan ke dalam makanan atau minuman yang diproses. Pewarna makanan biasanya berbentuk cecair, serbuk, gel dan pes. Contoh pewarna semula jadi ialah kunyit (E100), paprika (E160c) dan likopena (E160d). Manakala contoh pewarna tiruan ialah kuinolina kuning (E104), karmoisin (E122) dan Green S (E142). Pewarna tiruan digunakan dengan kuantiti yang sedikit dalam industri makanan dan menghasilkan warna yang seragam kepada produk makanan. |