Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kun.ju.ngan] | کونجوڠن

Definisi : hasil berkunjung atau mengun­jungi, lawatan: persediaan-persediaan menyambut ~ presiden Amerika telah siap semuanya; kota yg bersejarah ini menjadi tempat ~ ramai; ~ kilat kunjungan (lawatan) yg singkat (biasanya yg tidak dirancang terlebih dahulu); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kun.ju.ngan] | کونجوڠن

Definisi : hasil berkunjung atau mengunjungi; lawatan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
media junketkunjungan mediaKomunikasiKorporatLawatan sekumpulan wakil media yang dijemput dan diuruskan oleh sesebuah organisasi atau lawatan khas yang dibiayai sepenuhnya oleh organisasi penganjur. Tujuan kunjungan media adalah untuk memberikan peluang kepada pihak media menyaksikan sesuatu acara, peristiwa atau mengalami sesuatu keadaan yang baru dan boleh memberikan impak langsung secara positif kepada individu wakil media. Kunjungan ini boleh membantu pihak media memberikan publisiti yang lebih menyeluruh dan efektif. Pendekatan ini biasanya memberikan kesan perhubungan awam yang positif walaupun melibatkan kos yang tinggi. Contoh acara ialah lawatan wakil media yang diuruskan oleh bahagian perhubungan awam syarikat penerbangan untuk membuat liputan satu destinasi baru yang menggunakan pesawat model baru. Contoh lain ialah kunjungan sekumpulan media untuk mengadakan wawancara dengan pelakon atau penyanyi popular dunia di bandar raya terkenal dunia yang album atau filemnya akan dilancarkan di Malaysia. Wakil media akan dibekalkan dengan maklumat asas
man-tended spacecraftpesawat kunjungan angkasawanAeroangkasaTiadaPesawat tanpa angkasawan yang direka untuk dilawati oleh angkasawan bagi mendapatkan bekalan tambahan.
home visitlawatan rumahKejururawatanTiadaKunjungan ke rumah klien oleh personel kesihatan dengan tujuan tertentu. Contohnya, untuk mengetahui status kesihatan keluarga.
symbolismperlambanganKesenianSeni BinaPenggunaan sesuatu lambang atau simbol untuk melahirkan sesuatu idea atau maksud yang jauh lebih mendalam dan signifikan. Ia merupakan satu gagasan pemikiran yang menjurus kepada pemberian lambang terhadap sesuatu unsur yang dianggap unggul atau bersifat suci bagi tujuan untuk mengambarkan kehadiran unsur tersebut. Dalam seni bina, pendekatan perlambangan cuba untuk menzahirkan kehadiran unsur dan menunjukkannya dalam bentuk lambang atau kiasan, sama ada pada mukaan bangunan atau bentuk bangunan. Perlambangan dalam seni bina tradisional Melayu misalnya, dapat dilihat dalam pelbagai aspek seperti binaan, adat istiadat dan juga penggunaan corak dan hiasan. Contohnya, pembinaan ruang anjung dan serambi di rumah-rumah Melayu melambangkan sifat masyarakat yang suka menerima kunjungan tetamu selain berfungsi sebagai tempat berkumpul dan mengadakan aktiviti kenduri-kendara. Contoh lain ialah penggunaan corak ukiran yang berkeluk-keluk dalam keadaan tunduk ke bawah yang melambangkan jiwa dan keperibadian masyarakat M

Kembali ke atas