import quota | kuota import | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Sekatan yang dilakukan kerajaan terhadap kuantiti barangan yang boleh diimport ke dalam negara pada suatu jangkamasa yang ditetapkan. Jumlah kuota yang dibenarkan biasanya lebih rendah dari jumlah kebiasaan dalam perdagangan bebas. Sekatan ini boleh dilakukan dengan memberi lesen kepada pengimport tertentu dan jumlah import tersebut dikawal hadnya. Terdapat dua jenis kuota import iaitu kuota absolut dan kuota kadar-tarif. Kuota absolut meletakkan had jumlah tertentu sesuatu barangan yang diimport dan berasaskan siapa dulu dia dapat, apabila bilangan ini sudah mencapai hadnya maka import akan disekat. Manakala kuota kadar-tarif akan meletakkan kadar tarif yang rendah kepada barangan import untuk satu jangkamasa yang terhad dan ini akan menggalakkan import. Selepas barangan tersebut mencukupi kadar tarif itu akan dinaikkan dan import akan berkurangan atau terhenti. Kesan kepada kuota import ini adalah sama dengan kesan tarif apabila pelaksanaanya akan menaikkan harga barangan domestik akibat kekurangan persa |
quota share insurance | insurans kongsi kuota | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Insurans harta yang dikongsi mengikut peratusan atau kuota dengan polisi-polisi lain yang melindungi risiko yang sama. |
quota profits | untung kuota | Ekonomi | Tiada | Untung yang didapati oleh pengimport atau pengeksport akibat daripada tindakan kerajaan yang mengenakan kuota terhadap barang yang diimport atau yang dieksport. |
quota surplus reinsurance | insurans semula lebihan kuota | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Insurans semula yang menggabungkan insurans semula kongsi kuota dan insruans semula surplus. |
quota share retakaful | takaful semula kongsi kuota | Ekonomi | Ekonomi Islam | Perlindungan takaful yang diserahkan oleh syarikat pengendali takaful kepada syarikat takaful semula melalui akad triti kongsi kuota. Dalam kes ini, risiko takaful akan ditanggung bersama oleh syarikat pengendali takaful dan syarikat takaful semula dengan peratus tertentu yang dipersetujui. Oleh itu, caruman takaful yang diterima daripada peserta dan pampasan yang akan dibayar kepada peserta akan dikongsi mengikut peratusan tersebut. |
agreement on textiles and clothing | perjanjian tekstil dan pakaian | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Perjanjian yang menghapuskan secara berperingkat-peringkat kuota import terutamanya oleh negara maju terhadap import tekstil dan pakaian dari negara membangun. Perjanjian ini mengintegrasikan sistem kuota import tekstil dan pakaian dalam Perjanjian Multigentian (MFA) ke dalam Perjanjian Umum Tarif dan Perdagangan (GATT). Perjanjian tekstil dan pakaian berakhir secara automatik pada tahun 2005 apabila kuota import diganti dengan tarif dan sekatan bukan tarif berpandukan peraturan GATT. Perjanjian ini dilampirkan kepada Perjanjian Umum Tarif dan Perdagangan (GATT) dan menjadi sebahagian daripada sistem Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO). |
bag limit | had bakul | Perikanan | Tiada | Peraturan pengurusan sumber perikanan yang mengehadkan jumlah tangkapan ikan mengikut kuota yang dibenarkan. Peraturan ini dilaksanakan bagi memastikan sumber perikanan terkawal. Denda akan dikenakan kepada pemancing atau nelayan apabila tangkapan ikan melebihi jumlah kuota yang ditetapkan. |
quota | kuota | Geografi | Tiada | Tiada |
quota | kuota | Pendidikan | Tiada | Tiada |
quota | kuota | Ekonomi | Tiada | Tiada |