pasak | pasak | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama piawai bagi kayu Aglaia spp. daripada famili Meliaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah memberas, di Sabah ialah kalambiao, kuping-kuping, langsat-langsat, dan lantupak, dan di Sarawak ialah segera. Spesies utamanya termasuk Aglaia argentea, A. cordata, dan A. griffithii. Gubal kayu pasak berwarna coklat kekuningan atau coklat merah jambu, dan dapat dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna merah muda atau merah coklat. Tekstur kayunya halus dan tidak sekata dengan ira yang bersimpul atau beralun. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 770 hingga 995 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang keras dan berat. Kayu ini agak tahan dan boleh digunakan di persekitaran laut. Kayu pasak boleh digunakan untuk lantai dinding, perabot, dan kayu alas angkut. |
gurindam | gurindam | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk puisi Melayu tradisional yang berangkap dengan setiap rangkapnya terdiri daripada dua baris sejajar yang berpasangan dan berirama. Panjang baris gurindam tidak tetap seperti pantun dan syair. Setiap rangkap gurindam mengandungi satu tema atau idea yang lengkap. Baris pertama mengandungi semacam soalan atau syarat dan baris kedua jawapannya. Walaupun setiap pasangan baris bersifat utuh kendiri, tetapi makna gurindam menjadi lebih sempurna apabila dikembangkan dalam rangkaian yang berikutnya. Gurindam biasanya bersifat serius, isinya mengandungi nasihat, teguran dan pengajaran yang disebut secara langsung. Contoh yang popular ialah �Gurindam Dua Belas� karya Raja Ali Haji: Apabila terpelihara mata, Sedikitlah cita-cita. Apabila terpelihara kuping, Khabar yang jahat tiadalah damping. Apabila terpelihara lidah, Nescaya dapat daripadanya faedah. Sehingga hari ini, konsep gurindam seperti yang diberi oleh Raja Ali Haji masih diguna pakai. Contoh gurindam semasa dapat dilihat dalam �Gurindam Dulu |