kupu-kupu | kupu-kupu | Kesenian | Tiada | Motif ukiran berunsur haiwan berbentuk kupu-kupu yang berfungsi seperti penutup kaki bendul. |
acrea moth | kupu-kupu akrea | Biologi | Entomologi | Kupu-kupu rawang yang berwarna putih berbintik gelap. Kupu-kupu ini biasanya terdapat di utara benua Amerika. |
fig moth | kupu-kupu ara | Biologi | Entomologi | Kupu-kupu kecil yang terdapat hampir di seluruh duia. Larva serangga ini merupakan perosak buah koko dan buah-buahan kering. kupu-kupu koko. |
atlas moth | kupu-kupu gajah | Biologi | Entomologi | Kupu-kupu raksasa saturniid yang terdapat di Asia Tropika. Jarak buka sayapnya lebih kurang 25 cm. Spesies yang serupa dengan kupu-kupu ini, iaitu Attacus edwardsi dapat ditemukan di Australia. |
moth flower | bunga kupu-kupu | Biologi | Ekologi | Bunga yang didebungakan oleh kupu-kupu, misalnya bunga seri pagi, Ipomea alba. Di antara ciri bunga kupu-kupu termasuklah warna yang putih atau hijau muda, berbau wangi, dan antesis pula berlaku pada waktu malam. |
grain moth | kupu-kupu bijian | Biologi | Entomologi | Kupu-kupu kecil yang larvanya memakan bijirin dan menjadi perosak utama gandum, jagung, dan bijirin lain di seluruh dunia. |
honey moth | kupu-kupu madu | Biologi | Entomologi | Kupu-kupu kecil dalam famili Pyralidae yang mempunyai sayap depan berwarna perang kekelabuan dan sayap belakang berwarna putih. Larvanya memakan lilin dan serangga mati di dalam sarang lebah lama. |
acorn moth | kupu-kupu akon | Biologi | Entomologi | Spesies kupu-kupu yang memakan biji oak. Terdapat beberapa genus di Amerika Syarikat, misalnya Valentinia. |
cocoa moth | kupu-kupu koko | Biologi | Entomologi | lhat kupu-kupu ara. |
lunar underwing moth | kupu-kupu bulan | Biologi | Entomologi | Kupu-kupu kecil yang berwarna perang muda dengan bintik-bintik perang tua atau hitam. Beluncasnya juga berwarna perang dan biasanya memakan rumput. |