Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kur.sus] | کورسوس

Definisi : pelajaran mengenai sesuatu perkara (kepandaian, pengetahuan, dsb) yg diberikan dlm jangka masa yg agak singkat: ~ penerbitan buku selama seminggu; ~ tiga bulan dlm bidang pentadbiran; ~ buta huruf kursus bagi orang dewasa yg tidak tahu menulis atau membaca; ~ gaya pos sistem belajar secara persendirian yg panduan dan notanya diberikan oleh institusi yg berkenaan melalui perkhidmatan pos; ~ haji kursus yg ber­kaitan dgn selok-belok ibadat haji bagi orang yg akan menunaikan fardu haji di Mekah; ~ induksi kursus khas utk memperkenalkan pekerja, pelajar dsb baru kpd persekitaran organisasi (institusi, pekerjaan, pembelajaran dsb) yg baru sahaja dianggotai atau diceburinya; ~ kilat kursus yg sangat singkat; ~ perkahwinan kursus pendek mengenai beberapa aspek asas kerukunan berumah tangga dr sudut pandangan Islam yg harus diikuti, terutamanya oleh bakal pengantin; ~ pertanian kursus mengenai pengetahuan bertani; ~ politik kursus mengenai perkara-perkara (selok-belok) politik; berkursus mengikuti (mengambil bahagian dlm) kursus; ~ kpd bp belajar (berguru) kpd; dikursus bp diajar; dikursuskan bp diajarkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kur.sus] | کورسوس

Definisi : latihan (syarahan dll) yg singkat mengenai sesuatu: ~ Bahasa Melayu; ~ pertanian. ~ induksi kursus khas utk memperkenalkan pekerja baru, pelajar baru dsb kpd persekitaran pekerjaan, pembelajaran, organisasi dsb yg baru saja dianggotai atau diceburi. berkursus mengikuti kursus; mengambil bahagian dlm kursus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kursus (kata nama)
Bersinonim dengan pelajaran, latihan;,
Kata Terbitan : berkursus,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
modular coursekursus modulPendidikanTiadaKursus yang membenarkan pelajar memilih program atau kursus daripada hierarki modul berstruktur yang secocok dengannya.
minicoursekursus miniPendidikanTiadaKursus jangka pendek yang dijalankan secara intensif, biasanya menggunakan pakej pembelajaran sendiri.
linked coursekursus kembarPendidikanTiadaKursus yang dianjurkan bersama-sama oleh dua institusi pendidikan atau lebih.
crash coursekursus kilatPendidikanTiadaKursus atau program latihan secara intensif dan dalam masa yang singkat.
sandwich coursekursus selang kerjaPendidikanTiadaKursus yang diadakan di antara masa bekerja dengan masa belajar secara silih berganti.
split programmekursus selang kerjaPendidikanTiadaKursus yang diadakan di antara masa bekerja dengan masa belajar secara silih berganti.
course managerpengurus kursusPendidikanTiadaSeseorang yang bertanggungjawab merancang, mereka bentuk, melaksanakan dan menilai latihan atau kursus.
self-help groupkelompok usaha diriPendidikanTiadaKelompok pelajar kursus jarak jauh dalam suatu kawasan yang mengadakan pertemuan untuk berkongsi idea, masalah, dan pengalaman serta saling membantu menyiapkan kerja kursus.
coursewareperisian kursusKomputerTiadaTiada
professional coursekursus profesionalPendidikanTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas