kurungan | kurungan | Kesenian | Tiada | Bakul kurung daripada buluh, bersahap, berbentuk silinder, berbucu enam, badan bakul bulat seperti balang, berleher, bermulut yang lebih kecil daripada badan, bertingayan, dan beranyam jarang. |
throttling process | proses pentrotelan | Fizik | Haba | Proses adiabatik tak boleh berbalik yang gasnya mengembang dari kurungan pertama ke kurungan kedua yang berada pada tekanan yang lebih rendah daripada kurungan pertama. |
magnetic shielding | pemerisaian magnet | Fizik | Moden | Penggunaan kurungan daripada bahan magnet berketelapan tinggi untuk menghalang medan magnet statik di luar kurungan sampai ke objek di dalam kurungan, atau untuk mengekang medan magnet di dalam kurungan. |
arrester | kurungan lengkuk dalam | Perpustakaan | Tiada | Penutup kurungan untuk menutup nombor yang diberi pada subjek dalam Pengelasan Kolon. |
dungeon | kurungan bawah tanah | Sejarah | Tiada | Tempat kurungan yang dibina di bawah tanah untuk menahan pesalah atau tahanan perang. |
angular marks | kurungan | Perpustakaan | Tiada | Tanda-tanda yang terdapat di dalam kurungan segi empat [ ] yang digunakan dalam pengkatalogan bagi menandakan sesuatu yang tidak wujud dalam bentuk asalnya, tetapi ditambah oleh pengkatalog. |
bracet seaming | kelim kurungan | Kesenian | Tiada | Kelim hiasan untuk poket atau pelepah yang berbentuk seperti kurungan dubel. |
Helmholtz resonator | resonator Helmholtz | Fizik | Elektromagnet, Keelektrikan dan Kemagnetan | Kurungan yang mempunyai bukaan kecil terdiri daripada suatu tiub lurus yang berdimensi tertentu supaya kurungan tersebut berresonans pada satu frekuensi yang ditentukan oleh geometri resonator tersebut. Alat resonans Helmholtz. |
bracket | kurungan | Muzik | Tiada | Tanda ([) di sebelah kiri staf muzik untuk menandakan satu kumpulan staf muzik. Kumpulan staf muzik ini dikenali sebagai sistem muzik. Satu sistem muzik melibatkan alat muzik yang dimainkan secara serentak. Tanda ini digunakan dalam skor orkestra dan skor muzik kamar. |
enclosure | lingkungan; kurungan; berbendung | Fizik | Tiada | Tiada |