ground modelling | pembentukan lahan | Landskap | Tiada | Aktiviti yang melibatkan pengubahsuaian permukaan lahan kepada bentuk tertentu yang ditetapkan dalam reka bentuk landskap. Sinonim pengolahan bumi. |
land suitability | kesesuaian lahan | Landskap | Tiada | Keserasian tanah dengan aktiviti atau kegunaan yang dirancang tanpa merosakkan lahan tersebut secara berkekalan. |
field pattern | corak lapangan | Landskap | Tiada | Pola lahan yang kelihatan dad atas seperti corak lahan pertanian yang terbentuk daripada pelbagai jenis tanaman, tanah dan sebagainya. |
earthwork | kerja tanah | Landskap | Tiada | Semua aktiviti yang terlibat dalam proses pengubahsuaian lahan seperti menambak, menambun, menggred dan sebagainya. Sinonim olah lahan. |
land cover | penutup bumi | Landskap | Tiada | Tumbuhan yang tumbuh secara semula jadi di atas permukaan lahan dan berfungsi sebagai pelindung lahan daripada kesan iklim seperti hujan dan ribut. |
saucer | (bentuk), piring | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | piring: Bentuk carta teknikal yang menunjukkan penurunan harga secara perlahan-lahan dan menaik semula, juga secara perlahan-lahan setelah mencapai harga terendah sehingga menyerupai sebuah piring. |
bleed into | jujuh ke dalam | Kejuruteraan | Petroleum | Mencampurkan gas atau cecair dengan gas lain atau cecair lain yang dilakukan secara perlahan-lahan. Biasanya proses pencampuran perlahan-lahan itu dilaksanakan dengan menggunakan tekanan, iaitu dengan menurunkan atau menambah tekanan kepada gas atau cecair yang terlibat sedikit demi sedikit. |
fade in | resap jelma | Komunikasi | Tiada | Arahan yang diberikan oleh pengarah atau penerbit kepada juruaudio atau juruvisual supaya memasukkan bunyi atau visual secara perlahan-lahan dan terakam. Contohnya, memasukkan bunyi muzik secara perlahan-lahan ke dalam rancangan. |
annealing | penyepuhlindapan | Kimia | Biokimia | Pengaslian semula protein atau asid nukleik yang telah ternyahasli melalui proses penyejukan perlahan-lahan, seperti dalam proses pembentukan molekul asid nukleik hibrid yang mengandungi dua tali yang berpasangan daripada sumber yang berlainan dengan cara menyejukkan satu campuran asid nukleik yang telah ternyahasili perlahan-lahan. |
lands | lahan | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |