Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pyrazolepirazolaFarmasiTiadaSistem gelang lima-ahli yang tidak tepu sepenuhnya dan mengandungi dua atom nitrogen yang berdekatan antara satu sama lain. 1,2 diazola.
grateparut/sagatPentadbiran PerniagaanTiada1. Mengukur kelapa dan lain-lain dengan parut.,2. Menyagat ubi, timun dan lain-lain dengan sagat kepada kepingan-kepingan yang agak besar.
engine mountingpenyangkut enjinAeroangkasaTiada1. Satu struktur yang menyokong enjin dan menyalurkan daya tujahan pada kerangka udara utama pesawat udara.,1. Permukaan atas sayap yang dipesongkan dan digunakan untuk mengurangkan daya angkat dan menambah daya seret.,Rentas di bahagian hujung sayap atau permukaan aerodinamik yang lain.,1. Satu struktur yang menyokong enjin dan menyalurkan daya tujahan pada kerangka udara utama pesawat udara.
rackrak; redaiPentadbiran PerniagaanTiada1. Rak: Para-para kayu dan lain-lain untuk meletakkan pinggan mangkuk dan lain-lain.,2. Redai: Jaringan besi yang yang digunakan untuk meletakkan kuih yang masih panas.
viscosity, absolutekelikatan mutlakHidrologiTiadaFaktor bernombor yang menunjukkan ukuran rintangan dalaman suatu bendalir terhadap alirannya: semakin besar rintangannya maka semakin besar pula koefisiennya. Rintangan ini adalah sama dengan daya ricihan dinyatakan dalam dine per sentimeter kuasa dua yang diteruskan dari suatu satah bendalir ke suatu satah selari yang lain, 1 sentimeter jauhnya, dan dijanakan oleh suatu perbezaan halaju bendalir mengikut arah daya itu. Koefisien ini berubah mengikut suhu. (Tatanama ASCE untuk hidraulik).
concretekonkritPentadbiran PerniagaanTiada1. Campuran batu kelikir dengan simen, pasir dan lain-lain untuk pembinaan bangunan.,2. Bersifat sesuatu yang dapat digambarkan, dirasai, dilihat dan lain-lain.,3. Sesuatu yang pasti dan tidak samar-samar.
iconographyikonografiKesusasteraanTiada1. Ilustrasi atau deskripsi dalam bentuk gambar, imej, lambang atau lain-lain.,2. Bentuk visual mewakili subjek-subjek berhubung dengan idea, kepercayaan, agama dan lain-lain.
scumkekat; nodaPentadbiran PerniagaanTiada1. Kekat: Buih kotor di atas permukaan air, minyak dan lain-lain.,2. Noda: Bintik, atau kotoran pada baju dan lain-lain.
costumekostumPentadbiran PerniagaanTiada1. Pakaian yang dipakai oleh pelakon-pelakon sandiwara, filem dan lain-lain.,2. Pakaian yang dipakai pada ketika tertentu seperti menghadiri upacara, jamuan dan lain-lain.
calendarkalendarPerpustakaanTiada1. Satu takwim yang menunjukkan senarai hari, bulan, hari suci, hari kebesaran, dan lain-lain dalam setahun.,2. Satu senarai dokumen tentang pengarang, subjek, siri, kelas, atau lain-lain dalam sesuatu koleksi yang diberikan tarikh berserta catatan mengenainya yang disusun secara kronologi.
12345678910...

Kembali ke atas