Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.kum] | لاکوم

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok memanjat) a) carik merah, pokok riang hutan, Vitis repens; b) = akar ~ embun akar mempayung, iang­iang gajah, Vitis furcata; 2. = ~ air sj tumbuhan (pokok renek), Jussiaea suffruticosa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.kum] | لاکوم

Definisi : ; kecar ~; ®kecar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lakum


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Vitis trifolialakumHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan memanjat dalam famili Ampelidaceae yang hidup liar di tanah terbiar, di pinggir hutan dan kadangkala hidup di kawasan pesisir pantai berbatu. Batangnya kecil dilengkapi sulur paut untuk membolehkannya memanjat. Daunnya jenis majmuk dan mengandungi tiga hingga lima anak daun. Anak daunnya berbentuk bujur dan tepinya bergerigi. Bunganya kecil berwarna hijau kekuning-kuningan dan tersusun pada jambak bercabang. Buahnya jenis beri berbentuk bulat leper berwarna hijau berkilat semasa muda dan bertukar menjadi hitam apabila masak. Daun muda dibuat ubat demam. Air rebusannya diminum dan dibuat mandian. Jus pucuknya diminum bersama-sama air nasi untuk mengubati demam malaria. Air daunnya yang dicampurkan dengan beras dibuat mandian untuk merawat demam malaria pada peringkat panas. Air mandian yang dikenali sebagai ubat jelum juga dibuat mandian untuk mengubati demam kepialu.
Ludwigia octovalvislakum airHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan daripada famili Onagraceae dan dikenali juga sebagai naleh. Tumbuhan herba ini bercabang sehingga mencapai ketinggian 150 cm. Daunnya tirus ke hujung dan teratur berselang pada batang. Bunganya tumbuh keluar di celah daun, berbentuk corong dan berwarna kuning. Buahnya jenis kapsul dan mengandungi banyak biji yang berkilat. Tumbuhan ini hidup liar di kawasan lembap seperti di parit, paya dan sawah. Daunnya yang berlendir dibuat pupuk untuk melegakan sakit kepala, orkitis, bengkak kelenjar leher dan sakit urat. Air rebusannya boleh diminum untuk merawat masalah angin. Air rebusan ini bersifat diuretik, purgatif dan antihelmintik.

Kembali ke atas