traffic count | kiraan lalu lintas | Komunikasi | Korporat | Kaedah yang digunakan secara sejagat untuk mengira kekerapan lalu lintas di jalan raya dalam sesuatu tempoh unit masa. Dalam komunikasi korporat, kaedah ini digunakan untuk mengesan dedahan sesuatu iklan jalanan kepada khalayak yang menggunakan sesuatu laluan dalam tempoh tertentu. Lebih kerap kawasan tersebut dilalui oleh khalayak berkenderaan atau pengguna lain, maka lebih tinggi dedahan sesuatu iklan jalanan kepada khalayak sasaran. Kaedah ini juga dilakukan untuk menentukan nilai sewaan papan iklan jalanan berkenaan. Pengiraan kekerapan dedahan lalu lintas terhadap sesuatu lokasi iklan juga berfungsi untuk menentukan jenis khalayak yang menggunakan kawasan tersebut untuk disesuaikan dengan barangan atau perkhidmatan yang diiklankan. Hasil pengiraan itu digunakan untuk membantu pihak perancang pengiklanan mengenal pasti dan membuat pilihan lokasi yang boleh memuaskan keperluan pelanggan. Untuk memastikan kesahan penggunaan kaedah ini, beberapa aspek sosiobudaya di sekitar kawasan lalu lintas yang ditentuka |
traffic assignment | agihan lalu lintas | Sosiologi | Tiada | Kaedah mengagihkan lalu lintas pada sistem rangkaian jalan dalam proses perancangan. |
commercial traffic | lalu lintas perdagangan | Sejarah | Tiada | Jalan perdagangan yang merupakan lalu lintas kegiatan berdagang sama ada air, udara atau darat. |
traffic signal | isyarat lalu lintas | Kejuruteraan | Tiada | Satu bentuk kawalan lalu lintas di persimpangan yang menggunakan lampu tiga jenis warna iaitu warna hijau untuk kenderaan diberikan laluan, warna kuning untuk sedia berhenti dan warna merah untuk berhenti. |
traffic assignment | agihan lalu lintas | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Kaedah mengagihkan lalu lintas pada sistem rangkaian jalan dalam proses perancangan. |
traffic survey | tinjauan lalu lintas | Kejuruteraan | Tiada | Kajian yang dijalankan bagi menentukan bilangan kenderaan yang menggunakan jalan raya dan untuk mengenal pasti corak perubahan lalu lintas mengikut masa dan tempat. |
traffic zone | zon lalu lintas | Sosiologi | Tiada | Unit kawasan yang ditentukan berdasarkan ciri-ciri perancangan seperti sempadan fizikal, penduduk dan lain-lain untuk mengkaji lalu lintas. |
traffic zone | zon lalu lintas | Kesenian | Seni Bina | Unit kawasan yang ditentukan berdasarkan ciri-ciri perancangan seperti sempadan fizikal, penduduk dan sebagainya untuk mengkaji lalu lintas. |
roundabout | bulatan | Kejuruteraan | Tiada | Persimpangan searas yang menggunakan konsep pergerakan lalu lintas searah mengelilingi pulau berbentuk bulat atau seakan-akan bulat. Pergerakan lalu lintas memberi keutamaan kepada kenderaan yang bergerak dari arah kanan. |
critical density | ketumpatan genting | Kejuruteraan | Tiada | 1. Ketumpatan genting: Keadaan apabila pasir yang ditindaki daya ricih tidak mengembang mahupun mengecut.,2. Ketumpatan lalu lintas di lebuh raya apabila jumlah lalu lintas sama dengan kemuatannya. |