relative dating | pentarikhan relatif | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Kaedah penentuan umur artifak, budaya dan zaman secara umum. Umur ini ditentukan dengan membandingkan ciri artifak dengan kategori zamannya. Perbandingan ini boleh dilakukan ke atas porselin, arca, epigrafi dan tembikar tanah berdasarkan corak hiasan, langgam seni, gaya tulisan, penjenisan dan kronologi hiasan. Contohnya langgam seni hiasan arca berpengaruh Gupta berumur sekitar abad 9 M hingga 12 M. Sinonim umur relatif. |
iconography | ikonografi | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Satu bidang khusus yang mengkaji seni arca sama ada bersifat keagamaan atau kontemporari. Ikonografi berasal daripada perkataan Greek �eikoon� yang bermaksud bayangan, gambar atau arca, manakala �graphoo� pula memperincikan ciri arca. Tumpuan kajian ini adalah untuk melihat perkembangan aspek seni, simbolisme dan langgam berdasarkan ciri sesebuah arca. Ikonografi dapat digunakan untuk menentukan usia secara relatif. |
keroncong | keroncong | Muzik | Tiada | Genre muzik sosial yang berasal dari Betawi, iaitu Jakarta pada abad ke-16 dan abad ke-17. Pada masa itu, keroncong dinyanyikan oleh kaum lelaki Serani kelas bawahan yang diberi gelaran Buaya Keroncong. Mereka berjalan-jalan di bandar sambil menyanyikan lagu keroncong pantun kasih sayang kepada kaum wanita. Ensembel dan idiom keroncong diiringi penyanyi, biola, flut, cak dan cuk, gitar, celo dan dabal bes. Flut memainkan melodi secara heterofoni, sementara dua gitar kecil, iaitu cak dan cuk bermain silih berganti seperti saron dan bonang. Alat muzik gitar berfungsi untuk melengkapkan irama, celo dimainkan secara pizzicato, iaitu meniru rentak gendang manakala dabal bes pula memainkan not bes. Contoh beberapa jenis keroncong ialah keroncong asal (keroncong asli Jawa), keroncong stambul (keroncong yang dipersembahkan dalam teater komedi stambul) dan keroncong langgam (keroncong lain yang bukan keroncong asli |