epipharynx | epifarinks | Biologi | Histologi dan Sitologi | 1. Cuaran di langit-langit rongga mulut serangga tertentu. lelangit. 2. Lapisan membran labrum dan klipeus yang terbit bersama labrum yang menjadi organ tusuk, seperti yang terdapat pada Diptera. 3. Plat berkitin pada lapisan bawah rostrum araknid tertentu. |
skylight | jendela langit;cahaya langit | Matematik | Tiada | 1. Cahaya langit: Sinaran suria yang sampai ke permukaan bumi setelah diserakkan daripada alur cahaya suria oleh molekul atau suspensoid di atmosfera. Diffuse sky radiation. |
curtain | tirai | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Kain yang dipasang labuh hingga ke lantai untuk menutup pintu, menyekat ruang dan lain-lain.,2. Kain yang berumbai-umbai tepinya sebagai perhiasan langit-langit tempat tidur atau tempat duduk pengantin dan lain-lain. |
skycover | tutupan langit | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Jumlah langit yang ditutupi oleh awan dan/atau fenomena penyuraman yang lain. Tutupan langit dilaporkan dalam persepuluhan atau perdelapanan. Contohnya, 0.0 atau 0/8 menyatakan langit cerah, dan 1.0 atau 8/8 menyatakan langit tertutup seluruhnya. |
overcast sky | langit gelap | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | 1. Dalam pencerapan cuaca penerbangan, langit dengan tutupan awan yang bernilai 8 okta, jika sekurang-kurangnya sebahagian daripada jumlah tersebut diakibatkan oleh awan atau fenomena pengaburan di atasnya, ini bermakna tutupan langit total tidak keseluruhannya disebabkan oleh fenomena pengaburan permukaan. Kodnya dalam METAR ialah OVC.2. Umumnya lapisan yang menutupi sebahagian besar atau keseluruhan langit yang lazimnya merupakan suatu lapisan awan yang tersebar luas dan lazimnya dikaitkan dengan perenggan panas. |
sky blue | biru langit | Matematik | Tiada | 1. Warna biru di langit hasil daripada penyerakan udara komponen biru cahaya matahari. |
obscuration | kesuraman | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | 1. Sama dengan tutupan langit suram. 2. Fenomena pengaburan di permukaan bumi. |
partial obscuration | kesuraman separa | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Langit yang sebahagiannya, iaitu 1 hingga y okta, ditutupi oleh fenomena pengaburan permukaan bumi. Lihat kesuraman 2. |
heavens | langit | Matematik | Tiada | 1. Ruang angkasa di sekitar bumi. |
planetarium | planetarium | Matematik | Tiada | 1. Alat optik yang dapat mengunjurkan langit waktu malam buatan di dalam kubah tetap dan menunjukkan kedudukan matahari, bulan, planet, bintang dan sebagainya dan pergerakan sebenar atau pergerakan ketaranya. |