derived drive | dorongan perolehan | Psikologi | Psikologi Umum | Kehendak yang didorong oleh rangsangan luaran. Contohnya, kanak-kanak yang memaksa ibunya pergi bercuti ke Langkawi setelah mengetahui kawannya pergi bercuti di tempat tersebut. Sinonim dorongan terbitan. |
jikey | jikey | Kesusasteraan | Tiada | Teater rakyat yang dipersembahkan dengan rangkuman (gabungan) unsur muzik, tarian, dan dialog. Teater ini popular di Perlis dan Langkawi. Jikey mempersembahkan cerita tempatan seperti Mahsuri, Awang Kudis Buta, Batu Belah Batu Bertangkup, Naga kepala Tujuh, Bawang Putih Bawang Merah dan Pending Emas Pending Perak. Peralatan muzik jikey mengandungi violin, tamburin, tiga rebana pelbagai saiz, sebuah gong, dan lima pasang cerek yang diperbuat daripada kayu atau buluh. |
international conferences | persidangan antarabangsa | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Persidangan yang melibatkan peserta, penceramah atau pembentang kertas kerja dari pelbagai negara. Persidangan ini bertujuan untuk membincangkan isu yang berkaitan dengan kepentingan bersama negara yang menyertai persidangan tersebut. Contohnya, Dialog Antarabangsa Langkawi (LID) yang membincangkan pelbagai isu yang berkaitan dengan negara Afrika dan Asia. |
agrotourism | agropelancongan | Pertanian | Agroteknologi | Industri yang menggunakan aktiviti pertanian sebagai tarikan pelancong untuk menimba pengetahuan dan pengalaman dalam bidang pertanian yang diamalkan di sesebuah negara. Agropelancongan dapat dilaksanakan dengan menyediakan infrastruktur pelancongan seperti penginapan, restoran dan kawasan riadah di kawasan pertanian. Contoh kawasan agropelancongan ialah Taman Agroteknologi MARDI di Cameron Highland dan Langkawi. |
Bawa | Bawa | Kesenian | Seni Bina | Ideologi dan gaya seni bina bangunan yang mengetengahkan reka bentuk vernakular moden di negara tropika. Idea reka bentuk ini diilhamkan mengikut persekitaran, tradisi dan budaya setempat yang disesuaikan dengan ciri-ciri konsep moden. Seni bina ini menitikberatkan hubungan simbiotik antara manusia dengan alam sekitar. Ideologi Bawa diasaskan oleh seorang arkitek terkemuka Sri Lanka bernama Geofrrey Bawa (1919-2003). Contoh pengaruh gaya seni Bawa dapat dilihat pada bangunan Datai, Langkawi. |