Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.ras] | لارس

Definisi : 1. nada (muzik, nyanyian, dll), tala; ~ bahasa variasi bahasa berdasarkan peng­gunaannya (mis sbg bahasa klasik, bahasa istana, bahasa sains, dll), ragam bahasa; 2. = keselarasan, kelarasan; selaras sama haluan, secocok, sepadan, sesuai: tawanan perang mestilah dijaga ~ dgn kandungan Perjanjian Geneva; menyelaraskan memadankan, mencocokkan, menyamakan, menyesuaikan: pd masa ini, beberapa percubaan dilakukan utk ~ demokrasi dan sosialisme; keselarasan, kelarasan perihal sama (sesuai, setimbal, dll), kepadanan, kesamaan, kesesuaian: ~ idea antara pereka tarian dan pereka pakaian perlu wujud; kelarasan antara kata dan hal yg diceritakan terdapat pd syair itu; ketidakselarasan keadaan tidak selaras; penyelarasan perihal (tindakan, kerja) menyelaraskan, penyesuaian: ~ kerja; penyelaras orang yg kerjanya (ditugaskan utk) menyelaraskan sesuatu (spt rancangan, projek, dsb), koordinator; melaraskan 1. menyamakan (nada, tala, dll); 2. menyesuaikan, memadankan: salah satu drpd tugas buah pinggang ialah ~ kepekatan atau banyaknya garam dlm darah; terlaras sudah dilaraskan: sistem pengiraan cukai yg ~; pelarasan perihal melaraskan, penyamaan, penyesuaian; ~ nilai penyesuaian harga sesuatu benda; pelaras 1. alat utk melaraskan (memadan­kan, menyesuaikan): skru ~; suis ~; 2. (Eko) orang yg menaksir, menyelaraskan dan menentukan tahap liabiliti sesebuah syarikat insurans terhadap sesuatu kerosakan (kerugian) apabila tuntutan diterima. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.ras] | لارس

Definisi : 1. bulat lurus atau bulat panjang: buluh yg ~; 2. bahagian senjata api spt pistol, senapang dan meriam, yg berbentuk spt paip (pembuluh) tempat laluan keluar peluru apabila senjata api itu ditembak: di belakangnya tersandang sepucuk senapang ~ dua; 3. penjodoh bilangan (bagi senapang), pucuk: kami membawa tiga ~ senapang patah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.ras] | لارس

Definisi : Mn 1. daerah di Minangkabau (pd zaman Belanda); tuanku ~ pegawai daerah; 2. cara pemerintahan yg mengikut adat: ~ Bodi Chaniaga cara pemerintahan yg ber­dasarkan demokrasi; ~ Kota Piliang cara pemerintahan yg berdasarkan aristokrasi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.ras] | لارس

Definisi : 1 bunyi yg tentu tinggi rendahnya dlm muzik, nyanyian dll; nada; tala. 2 kesesuaian; kesamaan. melaraskan 1 menyamakan laras atau nada; menyetalakan. 2 menyamakan; menyesuaikan; memadankan: Kita hendaklah bijak ~ cara hidup dgn pendapatan yg diterima. pelarasan perbuatan atau hal melaraskan; penyesuaian; penyamaan: ~ karburetor mestilah dilakukan dgn cermat dan pembersih udara dipasangkan pd tempatnya. pelaras alat utk melaraskan (memadankan, menyesuaikan): skru ~. selaras 1 sama nadanya; setala. 2 sepadan; sesuai; secocok: Dia telah diberi tugas yg ~ dgn kecekapannya. menyelaraskan menjadikan selaras; menyesuaikan: Langkah-langkah sedang diambil utk ~ kegiatan pembangunan pd peringkat negeri dan pd peringkat pusat. penyelarasan perbuatan atau hal menyelaraskan; penyesuaian: ~ buku-buku teks dgn sukatan pelajaran itu sudah selesai. penyelaras orang atau badan yg tugasnya menyelaraskan sesuatu (projek, rancangan dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[la.ras] | لارس

Definisi : 1 bulat lurus (spt batang pohon): dahan yg ~. 2 pembuluh senapang: senapang ~ dua. 3 penjodoh bilangan utk senapang; pucuk: Polis telah menjumpai empat ~ senapang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
laras
Kata Terbitan : selaras, menyelaraskan, penyelarasan, keselarasan, penyelaras,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
adjustlaras; laras tembakanSukanTiadaTiada
laraslarasKesenianTiadaSama makna dengan skala.
mitre shooting boardandas laras rencongKesenianTiadaAndas laras untuk membuat kerja perencongan.
mitre shooting blockandas laras rencongKesenianTiadaAndas laras untuk membuat kerja perencongan.
metal shooting boardandas laras logamKesenianTiadaAndas laras yang diperbuat daripada bahan logam.
levellaras (bahasa)SosiolinguistikTiadaKepelbagaian bahasa yang didefinisikan mengikut penggunaannya berdasarkan situasi sosial seperti laras bahasa saintifik, agama, formal dan sebagainya.
barreltong; laras; cerompongPentadbiran PerniagaanTiada1. Tong: Bekas besar daripada kayu atau logam, dan lain-lain.,2. Laras: Pembuluh senapang.,3. Cerompong: Muncung meriam atau senapang.
barrel boltbolt larasKejuruteraanKejuruteraan BangunanBolt yang digunakan untuk mengunci pintu dan tingkap dengan cara menggelangsarkannya di dalam laras selinder logam. (Rajah 15)
adjustable spannersepana boleh larasKejuruteraanKejuruteraan MekanikSepana yang mempunyai satu rahang yang tetap dan satu lagi rahang boleh laras. Saiz bukaan rahang dilaras dengan skru pelaras. Alat ini digunakan untuk memegang, mengetatkan atau membuka bolt dan nat.
louvreram; anak tingkapKejuruteraanTiada1. Ram: Bukaan, sama ada tetap atau boleh laras, pada dinding atau siling dengan slat condong untuk memungkinkan cahaya dan udara masuk tetapi menahan masuknya air hujan.,2. Sebarang susunan bukaan-bukaan yang menyerupai slat, sama ada tetap atau boleh laras, untuk tujuan pengudaraan.,3. Susunan slat-slat sepusat atau selari atau anggota jerejak yang setara, yang digunakan untuk menyembunyikan dan melindungi sebuah pembesar suara sambil memungkinkan gelombang bunyi telus.
12345678910...

Kembali ke atas