Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata larutan nya


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pH electrodeelektrod pHBioteknologiTiadaElektrod untuk mengukur kepekatan ion hidrogen dan diperbuat daripada platinum yang direndam di dalam larutan yang pH-nya hendak ditentukan. Gas hidrogen disalurkan pada permukaannya pada tekanan 1 atmosfera. Daya elektromotif elektrod dalam 1.0 M H30+ ialah sifar. Perbezaan keupayaan antara elektrod dan elektrod piawai diukur dan digunakan untuk menghitung kepekatan H30+.
amobarbitalamobarbitalKimiaForensikFormula kimia, CIIN18N203; nama lain, asid 5-etil-5-isoamilbarbiturik, amilobarbiton; nama dagang, Amytal. Serbuk berhablur putih, tanpa bau, berasa pahit, takat lebur 156°C- 161 °C, larut sangat sedikit dalam air untuk menghasilkan larutan berasid, dan larut dalam etanol. Jangka masa tindakan amobarbital ialah 3 - 6 jam. Amobarbital merupakan barbiturat yang diberikan untuk menghentikan gemuruh, terketar-ketar, dan membantu tidur. Kesan sampingan -nya termasuk pening, terawang-awang dan rasa mengantuk. Pengambilan dos berlebihan boleh mengakibatkan kematian. Tanda-tanda dos berlebihan adalah kekeliruan mental, kelesuan yang teruk, nafas yang pendek, masalah bernafas, menggeletar dan degupan jantung yang amat perlahan. Serbuk ini dikenali sebagai depresan sistem saraf pusat dan merupakan ubat penenang serta ubat tidur yang boleh menyebabkan ketagihan. Dos parah anggaran ialah 1.5g, dan kepekatan toksik ialah 30 µg/mL. Sinonim amilobarbiton.

Kembali ke atas