latex foam | busa lateks | Kimia | Tiada | Lateks terlenturkan yang diperoleh dengan memutarkan udara ke dalam lateks tak tervulkan atau dengan memasukkan bahan yang mengeluarkan gas, seperti natrium bikarbonat, ke dalam stok lateks yang telah hancur. Busa lateks digunakan sebagai penebat gegaran dan bahan pembungkus. |
latex | lateks | Kejuruteraan | Polimer | Larutan ampaian polimer yang berkoloid, sama ada polimer sintetik atau asli. Secara sintetik, lateks diperolh daripada pempolimeran emulsi, Lateks jenis ini biasa digunakan sebagai cat atau bahan penyalut. lateks asli pula diperoleh daripada cairan pokok seperti pokok Hevea brasiliensis dan tumbuhan lain. Getah asli diperoleh daripada lateks asli. |
sound face cutting | belahan muka baik | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Permukaan papan yang tidak mengandungi bahagian reput empulur atau wen, tetapi boleh mengandungi bahagian gubal dan buku kayu yang sihat, cacat warna, kesan salur lateks, rekah lateks, dan floem terkandung yang berdimensi kurang daripada 5 cm. Liang serangga yang sedikit bilangannya diizinkan dalam pengelasan ini. |
latex cement | simen lateks | Kejuruteraan | Tiada | Larutan pelarut lateks yang merekat kuat. |
latex adhesive | perekat lateks | Kejuruteraan | Polimer | Perekat daripada polimer lateks hasil daripada pempolimeran emulsi. |
latex | lateks | Kimia | Tiada | Cecair kompleks yang menyerupai susu dan hidrokarbon, karbohidrat dan protein. Lateks diperoleh daripada beberapa spesies pokok seperti pokok getah, Hevea brasiliensis, dan digunakan untuk membuat barangan getah. |
latex cement | simen lateks | Kejuruteraan | Petroleum | Simen telaga minyak yang terdiri daripada campuran lateks, simen, bahan surfaktan dan air. Simen jenis ini dicirikan oleh ikatan yang kuat antara simen dengan bahan-bahan lain dan juga tahanannya terhadap pencemaran oleh minyak atau lumpur penggerudian. |
latex caulk | pakal lateks | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Kedap yang berjulat rendah yang diperolehi daripada lateks tiruan. |
latex tube | tiub lateks | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Latisifer yang terkandung di dalam ruji. Tiub lateks terbentuk daripada sel atau siri-siri sel yang telah diubahsuai dan tiub ini bukan merupakan saluran antara sel. |
latex duct | duktus lateks | Biologi | Histologi dan Sitologi | Sistem anastomos hifa yang memanjang, bercabang dan tidak berseptum (aseptat) yang mengandungi lateks dan terdapat pada agraik besar. |