in house training | latihan dalaman | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Latihan kakitangan yang dilakukan oleh sesuatu syarikat atau pertubuhan secara sesama mereka tanpa mengganggotai organisasi atau pusat latihan lain. Ia bagaimanapun boleh dilakukan dengan menjemput jurulatih dari luar yang profesional bagi menjalankan bengkel atau latihan tersebut. Latihan ini boleh bersifat latihan peningkatan motivasi mahupun yang dirangka khas untuk program, bahagian, pengkhususan atau kumpulan tertentu. Jurulatih biasanya boleh merangka sesuatu latihan menurut jadual, kehendak dan syarat majikan.Pada masa yang sama pelatih boleh mengongsi maklumat dan masalah di tempat kerja dengan jurulatih dan input seperti ini memberi kesan baik kepada majikan. Kebanyakan bank dalam negara ini telah melaksanakan latihan dalaman untuk menjimatkan perbelanjaan dan memberi kemudahan pengangkutan kepada pekerjanya. |
computer based training | latihan berasaskan komputer | Teknologi Maklumat | Tiada | Latihan yang menggunakan komputer sepenuhnya. Bahan atau modul latihan dibangunkan dengan menggunakan perisian pengarangan seperti Macromedia Director dan Flash. Pelatih mengikuti latihan dengan mencapai bahan latihan dalam CD atau melalui Internet. Contohnya seperti latihan menggunakan Windows. |
computer based training | latihan berasaskan komputer | Teknologi Maklumat | Tiada | Latihan yang menggunakan komputer sepenuhnya. Bahan atau modul latihan dibangunkan dengan menggunakan perisian pengarangan seperti Macromedia Director dan Flash. Pelatih mengikuti latihan dengan mencapai bahan latihan dalam CD atau melalui Internet. Contohnya seperti latihan menggunakan Windows. |
walk through rehearsal | latihan awal | Komunikasi | Tiada | Latihan yang dijalankan pada peringkat awal sebelum latihan penuh dan latihan berkamera. |
desk training | latihan meja | Pentadbiran | Tiada | Latihan perkeranian atau latihan dalam kerja sesebuah pertubuhan atau perniagaan. |
functional training | latihan fungsi | Pentadbiran | Tiada | Tugas bagi sesuatu latihan yang dijalankan seperti mengenal pasti jenis latihan yang diperlukan dan membentuk satu dasar latihan yang jelas supaya dapat menyediakan kaedah serta peralatan yang paling sesuai. |
media training | latihan media | Komunikasi | Korporat | Latihan yang dilaksanakan bagi mengorientasikan petugas perhubungan awam mengenai budaya media dan kaedah pelaksanaan kerja dalam organisasi media. Jenis latihan tersebut termasuklah pengenalan agensi media yang beroperasi dalam sesebuah negara, sistem pengurusan, dan gaya penulisan berita dalam sesebuah agensi media. Tujuannya adalah untuk membantu petugas perhubungan awam memahami cara media beroperasi dan dapat membezakan gaya penulisan yang diamalkan oleh sesebuah organisasi media. Selain itu, para petugas perhubungan awam sesebuah organisasi dilatih untuk mengendalikan petugas media dan aspek lain yang berkaitan dengan media. Latihan ini diberikan dari semasa ke semasa secara formal dan tidak formal, dirancang sendiri oleh organisasi atau melalui program latihan yang distruktur oleh institut atau badan profesional. Hasil latihan, petugas media boleh mendapat pengiktirafan dalam bentuk sijil, diploma, atau ijazah yang dikeluarkan oleh agensi yang diiktiraf. |
team training | latihan berpasukan | Pendidikan | Tiada | Latihan yang diberi oleh sekumpulan jurulatih dalam satu pasukan, contohnya latihan sukan sekolah. |
elaborative rehearsal | latihan elaboratif | Psikologi | Psikologi Umum | Latihan memproses maklumat secara mendalam untuk meningkatkan tahap ingatan. Dalam latihan ini, responden digalakkan untuk menghubungkan bahan baharu yang dibaca dengan sesuatu yang telah disimpan dalam ingatan. Sekiranya individu itu hanya mengulang ingat nama yang baru diberi, keberkesanannya tidak akan sama seperti sekiranya nama tersebut dikaitkan dengan nama yang telah ada dalam ingatan. Ingatan terhadap satu-satu nama akan menjadi lebih berkesan dengan menggunakan kaedah elaboratif berbanding sekadar mengulang ingatnya sahaja. |
group training | latihan kumpulan | Pentadbiran | Tiada | Pengendalian latihan secara bersama-sama yang biasanya dibuat oleh syarikat kecil atau sederhana supaya dapat menyediakan sumber-sumber latihan yang diperlukan. |