Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lau.tan] | لاءوتن

Definisi : 1. laut yg besar (luas): tidurlah jangan ingatkan orang yg jauh di seberang ~; L~Teduh lautan di antara Amerika dgn Asia dan Australia, Lautan Pasifik; 2. kumpulan sesuatu yg sangat banyak: ~ api; ~ air mata; ~ padi kawasan padi yg luas; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lau.tan] | لاءوتن

Definisi : 1 laut yg besar: ~ Pasifik. 2 kumpulan sesuatu yg sangat banyak: ~ api. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lautan

Puisi
 

Cina melompat lautan api,
     Merebut gemala di mulut naga;
Asal mendapat kehendak hati,
     Mahal murah dibayar harga.


Lihat selanjutnya...(47)
Peribahasa

Lautan dapat diduga,
     hati manusia siapakah cakap (= dapat) menduganya.

Bermaksud :

Hati manusia tiada siapa yang mengetahuinya.

 

Lihat selanjutnya...(18)

Lihat selanjutnya...(1)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
equatorial currentarus khatulistiwaGeografiTiadaArus permukaan di lautan-lautan kawasan khatulistiwa. Terdapat tiga jenis arus khatulistiwa iaitu arus khatulistiwa utara yang mengalir ke barat pada hemisfera utara, arus khatulistiwa selatan dan arus songsang khatulistiwa.
ocean hemispherehemisfera lautanGeografiTiadaBahagian bumi sebagai sebuah sfera yang dilitupi oleh lautan, misalnya Lautan Pasifik Utara.
blue ocean strategystrategi lautan biruPengurusanPerancanganSuatu strategi persaingan unik yang menekankan cara sesebuah organisasi boleh berjaya dengan mewujudkan pasaran baharu yang tiada persaingan (lautan biru). Strategi lautan biru juga bertujuan mengelakkan situasi persaingan sengit (lautan merah) dalam pasaran yang terhad. Pendekatan strategi lautan biru boleh dilakukan dengan merangsang permintaan baharu dan suatu nilai tambah yang berbeza daripada perspektif pelanggan. Contoh strategi lautan biru yang berjaya ialah pendekatan oleh syarikat penerbangan yang menawarkan tambang murah dan perkhidmatan yang selesa bagi memperluaskan pasaran pelanggannya.
oceanic ridgepermatang lautanGeologiTiadaBanjaran gunung median, seismos, dan selanjar di lantai laut yang menganjur melalui Lautan Atlantik Utara dan Selatan, Lautan Hindi dan Lautan Pasifik Selatan; topografinya berceranggah, ketinggiannya 1-3 km, kelebarannya kira-kira 1500 km, dan panjangnya melebihi 84,000 km.
ocean basinlembangan lautanPerikananTiadaKawasan dasar laut di antara pinggir benua. Lembangan lautan terbentuk daripada pemendapan enapan dan kebanyakannya rata. Kedalaman kawasan ini adalah antara 4000 m hingga 6000 m. Di sesetengah kawasan, lembangan lautan membentuk bukit Abisal, bukit lautan dan pulau. Contoh pulau yang terbentuk daripada lembangan lautan ialah kepulauan Hawai.
radiolarian depositelonggokan radiolariaGeografiTiadaMendapan organisma protozoa yang digelar radiolaria di dasar lautan dalam terutamanya di kawasan tengah Lautan Pasifik dan Tenggara Lautan Indian.
metallic bondikatan logamKimiaTiadaIkatan yang terbentuk di dalam hablur logam apabila ion positif logam tersusun dalam bentuk kekisi di dalam lautan elektron yang bebas. lautan elektron tersebut membendung ion-ion positif. Elektron ini bebas bergerak di dalam hablur tersebutdi bawah pengaruh beza keupayaan yang dikenakan. Ikatan logam ini boleh menentukan kekerasan, ketumpatan atau ketinggian takat lebut sesuatu logam. Lebih banyak elektron bagi setiap atom logam yang membentuk lautan elektron, lebih keras dan lebih tumpat struktur sesuatu logam itu. Misalnya, logam alkali adalah lembut dan berketumpatan rendah kerana setiap atomnya hanya memberikan satu elektron untuk lautan elektronya. Ikatan logam
oceanic climateiklim lautanGeografiTiadaIklim yang sangat dipengaruhi oleh faktor-faktor kelautan seperti angin pantai, arus lautan, bayu darat, bayu laut, dan kedudukan yang hampir dengan lautan.
oceanic climateiklim lautanGeologiTiadaIklim yang sangat dipengaruhi oleh faktor-faktor kelautan seperti angin pantai, arus lautan, bayu darat, bayu laut, dan kedudukan yang hampir dengan lautan.
ocean currentarus lautanSainsHidrometeorologiGerakan air lautan yang dicirikan oleh keteraturan sama ada bersifat kitaran atau lebih biasa sebagai alur selanjar yang mengalir sepanjang laluan yang boleh ditentukan. tiga kelas umum, berasaskan sebabnya, dapat dibezakan: Pertama, arus yang berkaitan dengan gradien ketumpatan air laut yang mengandungi berbagai-bagai jenis arus gradien; kedua, arus tolakan angin yang dihasilkan langsung oleh tegasan yang dikenakan oleh angin pada permukaan lautan; dan ketiga, arus yang dihasilkan oleh gerakan gelombang panjang. Yang ketiga terutamanya arus pasang surut, tetapi mungkin juga termasuk arus yang berkaitan dengan gelombang dalaman, tsunama, dan seice. Arus lautan yang utama berciri aliran selanjar, dan merupakan peringkat pertama dari segi kepentingan dalam penyenggaraan imbangan termodinamik bumi.
12345678910...

Kembali ke atas