electrolyte | elektrolit | Kimia | Tiada | Sebatiam kimia yang mengalirkan arus elektrik dalam keadaan lebur atau apabila larut di dalam air. Misalnya, plumbum (II) bromida lebur, larutan akueus kuprum (II) sulfat, dan asid hidroklorik cair. Lihat juga elektrolisis. |
electrolyte | elektrolit | Teknik | Elektrik | Sebatian kimia yang mengalirkan arus elektrik dalam keadaan lebur atau apabila larut dalam air. Misalnya, plumbum (II) bromida cair, larutan akueus kuprum (II) sulfat, dan asid hidroklorik cair. |
nitrous oxide | nitrus oksida | Kimia | Tiada | Sebatian tak organik, formula N2O, takat beku -90.8°C, takat lebur -88.5°C, berbentuk gas yang tidak berwarna, tidak reaktif, tidak terbakar (tetapi membantu pembakaran), larut di dalam air, eter, etanol dan asid sulfurik pekat. Oksida ini disediakan melalui pemanasan terkawal ammonium nitrat hingga 200°C dan gas yang terhasil dilalukan melalui larutan ferum(II) sulfat untuk menyingkirkan benda asing nitrogen monoksida. Gas ini digunakan sebagai anestetik, gas propelan dan penyurih kebocoran. Nama umum nitrus oksida ialah gas ketawa. |
electrolysis | elektrolisis | Kimia | Tiada | Kaedah tindak balas kimia yang dilakukan dengan mengalirkan arus elektrik melaui elektrolit. Arus ini dialirkan secara pemindahan kation ke katod dan anion ke anod. Tindak balas berlaku melalui penindahan elektron dari katod ke anod. Misalnya, dalam elektrolisis air, gas hidrogen dibebaskan pada katod dan gas oksigen dibebaskan pada anod. Dalam sesetengah tindak balas, bahan elektrod mungkin larut. Misalnya, dalam elektrolisis larutan kuprum (II) sulfat dengan elektrod kuprum, atom kuprum anod larut sebagai ion kuprum. Elektrolisis digunakan untuk mengekstrak logam reaktif seperti natrium dan kalsium daripada garam lebur masing-masing, menulenkan logam seperti kuprum dan zink, dan menyadurkan dengan logam yang lain. |