[léf.te.nan] | ليفتنن
Definisi : (léftenan) 1. pangkat pegawai tentera bertauliah yg rendah sedikit drpd kapten; 2. pegawai rendah (bertauliah) dlm tentera laut; ~ jeneral (pangkat) pegawai bertauliah di bawah jeneral dan di atas mejar jeneral (dlm angkatan tentera); ~ kolonel (pangkat) pegawai bertauliah di bawah kolonel dan di atas mejar (dlm angkatan tentera); ~ komander pegawai kanan bertauliah dlm tentera laut di bawah komander dan di atas leftenan (setaraf dgn mejar dlm tentera darat dan udara); ~ muda pangkat yg paling rendah dlm tentera (bagi pegawai yg bertauliah). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[léf.te.nan] | ليفتنن
Definisi : /léftenan/ 1 (pangkat) pegawai tentera bertauliah yg rendah sedikit drpd kapten: ~ jeneral (pangkat) pegawai tentera di bawah jeneral; ~ kolonel (pangkat) pegawai tentera yg tinggi sedikit drpd mejar; ~ muda (pangkat) pegawai tentera bertauliah yg paling rendah. 2 (pangkat) pegawai tentera laut yg tinggi sedikit drpd naib leftenan. ~ komander pegawai kanan bertauliah dlm Tentera Laut di bawah komander dan di atas leftenan (setaraf dgn mejar dlm Tentera Darat dan Tentera Udara). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)