Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lé.gén.da] | ليݢيندا

Definisi : (légénda) 1. cerita dongeng yg bersangkutan dgn kisah-kisah yg bersejarah; 2. petunjuk atau kata-kata keterangan tentang sesuatu (spt peta, carta, ilustrasi, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lé.gén.da] | ليݢيندا

Definisi : /légénda/ cerita (yg tidak dpt dipastikan benar tidaknya) yg bersangkutan dgn kisah-kisah bersejarah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
legenda
Rujuk :cerita


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
legendlegendaKesusasteraanTiadaCerita yang memerikan secara berlebih-lebihan tokoh tertentu yang benar-benar wujud. Tokoh terdiri daripada ulama, wali, pemimpin, pahlawan atau wira yang popular. Legenda merupakan salah satu jenis sastera rakyat yang tersohor, dan sering kali dikaitkan dengan �tanda alam� di tempat berlakunya peristiwa penting yang diceritakan. Unsur luar biasa dan misteri menjadi ciri penting dalam legenda. Cerita legenda berlatarkan masa yang lebih hampir dengan cerita kontemporari, dengan latarnya sering dirujuk. Oleh itu, legenda merupakan satu-satunya genre cerita rakyat yang hidup dan terus dicipta. Legenda hampir sama dengan mitos, disampaikan dengan bahasa yang bersahaja, kadang-kadang bersifat stilistik dan formulaik, walaupun dicipta secara lisan. Namun sifat-sifat lisan tetap ada, contohnya unsur perulangan. Legenda boleh disampaikan oleh sesiapa sahaja dan tidak dihubungkan dengan sesuatu acara khas. Legenda berbentuk longgar, tidak memperlihatkan struktur atau plot yang tipikal dan hampir kesemuanya berbent
unsur legendaunsur legendaKesenianTiadaUnsur yang diambil dari cerita-cerita lama.
legendlegenda; petunjukKesusasteraanTiada1. Legenda: Cerita rakyat tentang tokoh, peristiwa atau tempat tertentu yang dicampurkan dengan fakta sejarah dan mitos.
local legendslegenda tempatanKesusasteraanTiadaLegenda yang tidak tersebar luas, hanya berkisar pada sesuatu tempat tertentu terutama mengenai asal usul dan keajaibannya. Contoh: Batu Belah Batu Bertangkup.
supernatural legendslegenda adikodratiKesusasteraanTiadaCerita-cerita legenda yang banyak memaparkan kuasa-kuasa sakti dan ghaib. Contoh: Kiyai Salleh di Batu Pahat pada zaman Bintang Tiga, Ahmad Indera di Bukit Kepong dan Manap Jepun di Pahang.
epicepikKesusasteraanTiadaNaratif yang mengisahkan pengembaraan atau kepahlawanan tokoh penting dalam sejarah atau tokoh yang menjadi legenda sesuatu bangsa atau sesebuah negara. Biasanya, kisah epik berkisar tentang seorang tokoh yang wujud dalam sejarah, legenda atau kepercayaan masyarakat setempat. Kisah pengembaraan dan wira pula meliputi alam nyata dan alam kayangan, melibatkan manusia dewa, peristiwa logik dan fantasi dan sebagainya. Biasanya, epik wujud dalam bentuk puisi dan prosa yang panjang dengan penampilan nilai konvensi, estetik, dan mutu kepengarangan yang tinggi. Terdapat dua jenis epik. Pertama, epik rakyat (epik tradisional/epik primer), iaitu epik yang wujud dalam masyarakat lisan dengan pengarang yang tidak diketahui namanya. Epik berkenaan banyak bersumberkan unsur mitos dan legenda yang wujud dalam tradisi kepercayaan masyarakat tersebut. Kedua, epik seni (epik sekunder), iaitu epik yang muncul dalam budaya tulisan dan kebanyakannya dihasilkan oleh pengarang yang terkenal. Antaranya ialah Iliad dan Odyssey oleh H
sagasagaKesusasteraanTiadaKisah legenda yang panjang tentang salasilah raja yang hebat, pahlawan, dan sesebuah keluarga. Saga sering disampaikan secara lisan tetapi mula dirakamkan secara bertulis pada abad ke-12. Saga sering dikaitkan dengan cerita dari Iceland dan negara Scandinavia. Saga mengandungi ciri-ciri ghaib, watak mitos atau watak yang berdarjat tinggi. Pada masa sekarang, istilah saga digunakan untuk merujuk kepada mana-mana legenda atau kisah yang melibatkan pengalaman dan kejayaan yang cemerlang dan menakjubkan. Contoh saga dari Scandinavia ialah Heimskrigla Saga yang menceritakan Raja Norway yang awal. Contoh dalam kesusasteraan Melayu ialah Silsilah Melayu dan Bugis yang meriwayatkan pengembaraan dan kehebatan wira-wira Bugis. Dalam sastera Arab, saga terdapat dalam trilogi Najib Mahfuz yang tersohor berjudul Bayn al-Qasrayn, Qasr al-Sharq, dan al-Sukkariyah.
legendlegenda; petunjukGeologiTiadaTiada
legendlegenda; petunjukKejuruteraanTiada2. Petunjuk: Jadual lambang atau data-data lain yang ditempatkan pada peta, carta atau gambar rajah untuk membantu pembaca mentafsirnya.
legendlegenda; petunjukPentadbiranTiadaTiada
12345

Kembali ke atas