Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lé.gis.la.tif] | ليݢيسلاتيف

Definisi : (législatif) mempunyai kuasa utk menggubal undang-undang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata legislatif


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
separation of powerspengasingan kuasaPentadbiranPentadbiran Awam

Pemisahan fungsi legislatif yang menggubal undang-undang, eksekutif yang melaksana undang-undang dan kehakiman yang mentafsir undang-undang dalam pemerintahan negara. Badan legislatif atau Parlimen diletak terpisah dari badan eksekutif dan badan kehakiman. Pemisahan ini perlu kerana kuasa yang tertumpu kepada satu badan atau seorang hanya mendorong kepada penyalahgunaan kuasa. Oleh itu ia perlu dipisahkan kepada badan yang berbeza. Contohnya, amalan pemisahan kuasa seperti yang terdapat di Amerika Syarikat.

legislativeperundangan/legislatifSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
bicameral legislatureperundangan dwidewanSains PolitikTiadaBadan legislatif yang terdiri daripada dua dewan, seperti Dewan Negara dan Dewan Rakyat di Malaysia.
bicameral governmentkerajaan dwidewanSains PolitikTiadaSebuah kerajaan yang terdiri daripada dua dewan legislatif, seperti Dewan Negara dan Dewan Rakyat di Malaysia.
bicameralismfaham dwidewanSains PolitikTiadaFahaman atau amalan mempunyai dua dewan bagi cabang legislatif atau perundangan dalam sesebuah pemerintahan.
forensic psychologypsikologi forensikPsikologiPsikologi UmumBidang psikologi yang menumpukan perhatian kepada usaha membekalkan perkhidmatan psikologi dalam sistem keadilan atau legislatif, dan membina pengetahuan yang khusus dalam isu perundangan yang berkait dengan proses psikologi. Ahli psikologi forensik bertanggungjawab memberi khidmat nasihat dan rundingan kepada polis, peguam, mahkamah atau sistem pengadilan jenayah yang lain. Pakar dalam bidang ini boleh merupakan pakar kaunseling atau klinikal yang ditambah dengan ilmu perundangan dan juga boleh membantu mahkamah dari segi penentuan tahap kesihatan dan kemampuan mental seseorang dalam proses perbicaraan.
judiciarybadan kehakimanPentadbiranPentadbiran Awam

Institusi yang memainkan peranan dalam mentafsir perlembagaan dan undang-undang serta membuat pengadilan sebarang kes pertikaian. Ia merupakan satu cabang daripada institusi pemerintahan negara di samping badan legislatif dan eksekutif. Bidang kuasa badan kehakiman dijalankan oleh mahkamah. Badan ini diketuai oleh Ketua Hakim Negara dan dianggotai oleh para hakim dan majistret. Badan kehakiman bukan sahaja menjadi tempat pengadilan orang ramai tetapi turut menjadi sumber rujukan kepada pemerintah, agensi kerajaan dan sektor swasta. Badan ini bertanggungjawab mengendalikan kes jenayah dan sivil serta sebarang pertikaian undang-undang perlembagaan. Pengadilan yang dibuat oleh badan ini mencerminkan tingkat keadilan yang diamalkan dalam sesebuah negara.

political groupkelompok politikPentadbiranPentadbiran Awam

Bahagian penting yang memiliki kuasa dan penentu keputusan dalam sesuatu pemerintahan, pentadbiran atau organisasi. Badan politik ini memainkan peranan utama dalam merancang arah tuju atau kesinambungan organisasi tersebut seperti institusi legislatif dan eksekutif bagi sebuah pemerintahan demokrasi atau jawatankuasa tertinggi mahupun lembaga pengarah bagi sesuatu jabatan pentadbiran atau badan korporat. Contoh, Ahli Majlis Bandaran adalah merupakan badan politik yang tertinggi di dalam pentadbiran kerajaan termpatan.

legal measurelangkah undang-undangUndang-undangUndang-undang AntarabangsaRancangan atau tindakan yang diambil untuk mencapai tujuan undang-undang tertentu. Dalam konteks undangundang domestik, langkah undang-undang boleh diambil oleh pihak eksekutif seperti dasar atau polisi, atau oleh pihak legislatif seperti Akta Parlimen, atau pihak mahkamah seperti keputusan mahkamah. Dalam konteks undangundang antarabangsa, contoh langkah undang-undang ialah perjanjian antarabangsa dan perisytiharan yang dibuat oleh negara-negara.
modern statenegara modenPentadbiranPentadbiran Awam

Pemerintah yang sudah mencapai tahap kemajuan yang tinggi, mengamalkan pembahagian kerja dan sistem hierarki yang tersusun serta birokrasi yang cekap. Pemerintah atau negara ini sudah beranjak dari tahap tradisional kepada tahap yang moden berteraskan sains dan teknologi. Bidang kuasanya dibahagikan kepada tiga badan utama, iaitu legislatif, eksekutif dan kehakiman. Pentadbiran dalam pemerintahan menekankan kecekapan, motivasi dan mempunyai matlamat atau sasaran yang sudah ditetapkan. Perincian tugas pelbagai bahagian dalam birokrasi ini dibuat secara sistematik bagi mengelak pertindanan tugas. Nilai urus tadbir yang baik, akauntabiliti dan transparensi ditekankan dalam pemerintahan moden bagi mengelakkan nilai negatif seperti korupsi, penyalahgunaan dan pengumpulan kuasa.


Kembali ke atas