tafrit | kecuaian | Perniagaan Islam | Tiada | Perihal mengabaikan tugas atau leka ketika melaksanakan kerja. Contohnya, kerani bank tersalah kredit akaun pelanggan, pemegang amanah telah menyalahgunakan harta atau lori yang membawa muatan melebihi had yang dibenarkan. |
epic drama | drama epik | Kesusasteraan | Tiada | Drama yang mengandungi siri atau episod yang dibuat secara mudah, bertujuan untuk mengingatkan para penonton agar tidak leka dengan mainan perasaan masing-masing. Drama epik biasanya berkisar tentang cerita kepahlawanan atau perjuangan. Contohnya, drama epik berjudul Warkah Terakhir oleh Wan Asliza. Dalam epik merupakan suatu kaedah penulisan drama yang diperkenalkan di Jerman oleh Erwin Piscator dan Bertolt Brecht sekitar tahun 1920-an. Lihat juga kesan keterasingan, teater epik. |
supervisor state | keadaan penyelia | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Keadaan pada protokol telefon awam seperti SS-7 yang bertindak memerhatikan talian telefon untuk melihat status talian sama ada leka atau mengandungi isyarat permohonan perkhidmatan. |
accountability deficit | defisit kebertanggungjawaban | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Kelemahan atau kekurangan dalam menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan kepada individu atau organisasi pada tahap yang sepatutnya. Individu yang diberikan tanggungjawab, menjalankan tugas secara sambil lewa, lalai, leka dan tidak serius seperti melepaskan batuk di tangga. Defisit ini boleh berlaku kerana kelemahan individu seperti etika kerja yang lemah, tamak, ego, kurangnya pendidikan dan penghayatan nilai-nilai murni, tidak bersikap professional, kurang dedikasi, tidak nampak kelemahan sendiri dan akibat tekanan hidup yang tinggi. Defisit kebertanggungjawaban akan menjejaskan pengurusan dan pencapaian misi serta objektif organisasi, menggugat kepercayaan orang awam serta melemahkan semangat kerja berpasukan. |
homeoarcton | persamaan awal/hemeoarkton | Kesusasteraan | Tiada | Pengulangan sebuah kata pada awal baris dalam sebuah puisi. Contoh: Yang buta datang berpimpin, Yang buta penghembus lesung, Yang capek datang bertongkat, Yang jauh tolak-tolakan, Yang kecil terambil lintang, Yang kurap mengekor angin, Yang kurap pemikul angin, Yang kurap penghalau ayam, Masing-masing dengan gunanya; Yang pekak leka bertanya, Yang pekak membakar meriam, Yang pekung penjemuran, Yang pendek tinjau-meninjau. [Hikayat Malim Deman, Fajar Bakti 1963 hlm. 12] |