cleft palate | lelangit rekah | Pergigian | Tiada | Rekah yang berlaku kepada lelangit bayi. Rekahan boleh melibatkan lelangit keras atau lelangit lembut ataupun kedua-duanya sekali. Rekahan ini berlaku disebabkan gangguan ketika proses percantuman lelangit bayi semasa dalam kandungan. Rekahan ini boleh menyebabkan susu atau makanan masuk ke rongga hidung semasa pesakit makan atau minum. Pesakit juga akan mengalami kesukaran untuk bercakap dengan jelas. Rekahan ini juga boleh mengganggu jajaran gigi dan mengakibatkan susunan gigi tidak teratur. Lelangit rekah dirawat dengan pembedahan bagi mencantumkan semula rahang tersebut dan rawatan ortodontik untuk membetulkan jajaran gigi. |
anterior palatine nerve | saraf palatinus anterior | Perubatan | Tiada | Saraf simpatetik, parasimpatetik dan sensori bermula dari ganglion pterigopalatinus dan muncul di lelangit keras, membekalkan lelangit, gingiva dan sebahagian lelangit lembut. Sinonim: saraf palatinus besar. |
torus palatinus | torus lelangit | Perubatan | Tiada | Eksostosis tulang pada lelangit, biasanya kelihatan pada garis tengah lelangit. |
palatal reflex | refleks palatal | Perubatan | Tiada | Merangsang lelangit lembut menyebabkan kenaikan lelangit lembut seperti semasa penelanan. Sinonim refleks penelanan. |
palatine papilla | papila palatin | Perubatan | Tiada | Struktur bujur di lelangit; anterior ke rafe lelangit dan posterior ke insisor, menutupi bukaan duktus nasopalatin. Sinonim papila insisor. |
tensor palati muscle | otot tensor palati | Perubatan | Tiada | Otot pada lelangit untuk meregang lelangit lembut. |
palatal cyst of newborn | sista lelangit bayi baru lahir | Pergigian | Tiada | Ketumbuhan bukan barah yang terbentuk di lelangit bayi yang baru lahir. Biasanya terdapat di kawasan lelangit anterior berhampiran gigi lateral insisor. Kejadian ini dipercayai berasal daripada sel epitelium yang tertinggal semasa cantuman proses mesial nasal dan proses lateral nasal sewaktu pembentukan muka pada peringkat fetus berusia 8 - 12 minggu dalam kandungan. Sista yang kecil akan hilang dengan sendiri apabila bayi membesar, sekiranya besar sista biasanya dibedah. |
water sky | lelangit air | Sains | Hidrometeorologi | Nampakan gelap di sisi bawah lapisan awan apabila ia berada atas dari suatu permukaan air terbuka. Istilah ini kebanyakannya digunakan di kawasan kutub, dengan merujuk pada peta awan. Lelangit air adalah lebih gelap daripada lelangit daratan, dan lebih gelap lagi daripada kelipan air atau kelipan salji. |
primary palate | lelangit primer | Perubatan | Tiada | Lelangit yang berkembang daripada cuaran nasal median. |
hard palate | lelangit keras | Perubatan | Tiada | Lelangit yang terletak di bahagian anterior. |