earwing | lelawi | Biologi | Entomologi | Serangga hemimetaboli yang mempunyai sayap depan yang dikecilkan menjadi elitron yang tebal dan kecil, dan kepak belakang yang bermembran dan berbentuk separuh bulat. Terdapat penyepit yang besar di hujung abdomennya. Serangga ini juga mempunyai bahagian mulut untuk menggigit dan serangga ini umumnya merupakan pebangkai omnivor tetapi kadang-kadang akan menyerang serangga yang lain. |
earworm | lelawi | Umum | Tiada | Lagu atau melodi yang kerap bermain-main di dalam fikiran seseorang secara tidak sengaja dan di luar kawalan serta seolah-olah melekat dalam minda. |
exopterygota | eksopterogota | Biologi | Entomologi | Serangga yang tidak mempunyai peringkat pupa dan metamorfosis-nya melibatkan perubahan yang amat sedikit pada setiap instar. Serangga muda yang dikenal sebagai ninfa biasanya serupa dengan serangga dewasa, tetapi lebih kecil dan mempunyai tunas sayap luaran pada peringkat awal. Serangga dalam kumpulan ini termasuklah lipas, lelawi, dan semua jenis kepinding dan kutu, serta serangga, seperti sesibur dan maifil. |