Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lemak I 1


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
wheatgandumVeterinarTiadaSejenis bijirin yang menjadi makanan utama manusia. Bijirin ini mengandungi 82% endosperma, 15% dedak dan 3% germa. Semasa pengilangan, dedak dan germa dipisahkan untuk menghasilkan tepung. Dalam keadaan biasa, pengilangan akan menghasilkan 74% tepung dan 26% residu yang merupakan bahan sampingan. Walau bagaimanapun, terdapat juga varieti gandum yang khusus sebagai makanan ternakan. Bijirin ini biasanya mengandungi 10-12% protein kasar, 1.9-2.2% serabut kasar, 1.6-1.9% lemak dan 1.7% abu. Kandungan tenaganya pula ialah 13-16 MJ/kg. Nama saintifik: Triticum aestivum.
DDTDDTBiologiEkologiNama kimia, 1,1,1,-trikloro-2,2,-bis (p-klorofenil) etana. Racun serangga hidrokarbon berklorin yang pertama kali dikeluarkan. DDT mempunyai separuh hayat selama 15 tahun, dan sisanya boleh menjadi pekat dalam tisu lemak setengah-setengah organisma, terutama ikan. Disebabkan oleh ketahanannya terhadap sekitaran dan kebolehannya untuk mengumpul dan menjadi semakin pekat dalam rantai makanan, kegunaannya telah diharamkan hampir di kesemua negara.
unsaturated fatty acidasid lemak tak tepuVeterinarTiadaAsid lemak yang mengandungi ikatan bon berganda. Contohnya, asid linoliek (C18:1), asid oleik (C16:1) dan asid linolenik (C18:2) yang diperlukan oleh ternakan dan mesti dibekalkan dalam makanan kerana tidak mampu mensintesis bahan tersebut dengan sendiri. Asid ini juga mudah dioksidakan menjadi tepu, asid lemak tepu berantai pendek, polimer asid lemak, aldehid atau hidrokarbon. Contoh makanan yang mengandungi asid lemak tak tepu ialah minyak kacang soya, minyak ikan dan minyak kacang tanah.
lipoidlipoidPerubatanTiada1. Lipid,2. Bak lemak atau menyerupai lemak.
obesityobesitiPentadbiran PerniagaanTiada1. Keadaan lemak yang berlebihan di dalam badan, melebihi had keperluan fizikal dan rangka.
international unitunit internasionalVeterinarTiadaUnit untuk mengukur kekuatan atau potensi sesuatu vitamin larut lemak seperti A, D, E dan K. Formula: 1 IU = 1 USP (United States Pharmacopeia). Contohnya, 1 IU vitamin A setara dengan 0.344 mikrogram retinol manakala 1 IU vitamin E setara dengan 1 mg DL-tokoferol-asetat. Dos dan arahan penggunaan vitamin ini dinyatakan dalam unit IU. Singkatan: IU.
creamingpengkrimanMakanan dan PemakananTeknologi Makanan1. Proses memukul lemak dengan sudu atau alat pencampur untuk menjadikannya lembut dan berkrim melalui kemasukan udara. Udara yang terperangkap membentuk buih yang disaluti oleh hablur lemak. 2. Pembentukan lapisan permukaan seperti pembentukan krim susu apabila dibiarkan begitu sahaja.
fat bodyjasad lemakBiologiHistologi dan Sitologi1. Tisu yang banyak mempunyai saluran darah yang mengandungi globul lemak dan bersambung dengan gonad pada amfibia. 2. Organ subkulitan pada sepanjang sisi ventral Lacertilia dan akan membesar apabila musim membiak. 3. Tisu yang bentuknya tak menentu yang terdapat di seluruh tubuh serangga dan berfungsi sebagai bahan makanan simpanan. tisu adipos; korpus adiposum; epiplun. 4. Lemak yang disimpan sebagai makanan simpanan terutama pada biji tumbuh-tumbuhan.
oily fishikan lemak; ikan berminyakPentadbiran PerniagaanTiada1. Ikan yang isinya mengandung 0.5% hingga 20% lemak. 2. Ikan yang isinya mengandung 0.5% hingga 20% minyak.
lipoidlipoidBiologiHistologi dan Sitologi1. ks. Perihal sesuatu yang menyerupai lemak. 2. kn. Bahan bak lemak yang larut di dalam pelarut lelemak tetapi tidak memiliki sebarang asid lelemak di dalam struktur molekulnya, atau yang mengandungi asid lelemak, tetapi bukan lelemak sebenar kerana tidak memiliki ester gliserol.
12345

Kembali ke atas