cow-courts | rong lembu susu | Pertanian | Tiada | Tiada |
dairy farmer | petenusu | Geografi | Tiada | Peladang yang mengkhususkan kegiatannya dalam ternakan lembu susu. |
milk cattle | lembu susu | Geografi | Tiada | Lembu yang dipelihara untuk mendapatkan susunya. |
hay and dairying | rumput kering dan tenusu | Geografi | Tiada | Sejenis aktiviti yang mengamalkan penternakan lembu susu dan pengeringan rumput bagi tujuan makanan ternakan. |
التصرية | jual tasriat | Agama Islam | Fiqh | Jualbeli binatang berdasarkan pengeluaran susu yang banyak. Contohnya, menjual lembu susu yang tidak diperah beberapa hari untuk mengabui pembeli supaya membelinya. |
actionable subsidies | subsidi boleh diambil tindakan | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Bantuan yang diberikan kerajaan kepada pengeluar tempatan, sama ada syarikat atau industri, selain daripada subsidi dilarang dan subsidi tidak boleh diambil tindakan. Subsidi boleh diambil tindakan timbul jika terdapat bukti subsidi tersebut merugikan industri tempatan negara lain, mengurangkan manfaat yang didapati oleh negara lain daripada penurunan tarif negara pemberi subsidi atau mendatangkan kemudaratan serius kepada kepentingan negara lain. Contohnya, kerajaan negara X memberikan lembu susu percuma kepada pengeluar susu tertentu di Negara tersebut. Jika susu itu dieksport ke negara Y pada harga yang tidak dapat disaingi oleh pengeluar negara Y, bantuan lembu susu tersebut boleh dianggap sebagai subsidi boleh diambil tindakan. |
curd/clot | dadih | Makanan dan Pemakanan | Teknologi Makanan | Bahan makanan yang disediakan daripada susu haiwan, seperti susu lembu atau susu kerbau yang dicampurkan dengan asid sitrik, gula, garam, dan perisa. Dadih mengandungi kasein yang tinggi hasil daripada pengentalan susu. |
fresh cow's milk | susu lembu segar | Perubatan | Tiada | Tiada |
heifer | heifer | Pertanian | Agroteknologi | Lembu betina muda yang berumur satu tahun atau lebih, yang belum pernah melahirkan anak. Heifer akan dikahwinkan dengan lembu jantan bagi tujuan membiakkan anak. Bagi lembu tenusu, setelah melahirkan anak dan cerai susu, heifer yang kini menjadi ibu lembu akan terus diternak untuk mendapatkan susu. Selain heifer, haiwan ternakan lembu yang biasa terdapat dalam sesebuah ladang ternakan boleh diklasifikasikan kepada beberapa kategori seperti lembu jantan baka, anak lembu belum cerai susu, anak lembu cerai susu, anak lembu jantan dan lembu menyusu. |
solid-non-fat (SNF) | pepejal tanpa lemak | Veterinar | Tiada | Bahan pepejal bukan lemak yang terdapat dalam susu, yang dirujuk kepada laktosa, protein susu, kasein dan garam. Peratus bahan ini dalam susu lembu ialah antara 8-9.5%. Nilai bahan ini berbeza-beza berdasarkan faktor baka, umur, pengurusan makanan dan tahap pengeluaran susu oleh ternakan. Pada peringkat permulaan, nilainya tinggi dan mula menurun pada 6-8 minggu selepas melahirkan anak. Bahan ini bertindak sebagai salah satu indeks kualiti susu dan ditentukan dengan mengukur ketumpatan bandingan menggunakan laktometer. Ketumpatan bandingan normal susu ialah 1.032 pada suhu 15.5° C. Kekurangan bahan ini boleh menyukarkan penghasilan produk susu yang bermutu tinggi. |