low solids-mud | lumpur pepejal rendah | Kejuruteraan | Petroleum | Nama yang diberikan kepada mana-mana lumpur yang bahan tambah tertentunya misalnya CMC, telah digunakan untuk menggantikan sebahagian atau seluruh bahan lempung (lempung komersial atau lempung semula jadi). jika dibandingkan dengan lumpur biasa yang mempunyai kelikatan dan ketumpatan yang sama, lumpur pepejal rendah akan memberikan peratus isi padu kandungan pepejal yang lebih rendah. |
marl | marl; napal | Geologi | Tiada | 1. Lempung berkapur atau campuran lempung dengan zarah kalsit atau dolomit, biasanya serpihan cangkerang.,2. Lempung yang mengandung pasir dan fluks seperti feldsfar dan kapur.,3. Lempung berkalsium atau batu lempung yang mengandung sekurang-kurangnya 15% kalsium karbonat. |
fine texture | tekstur halus | Pertanian | Tiada | Tekstur yang mengandungi kuantiti pecahan halus zarah tanah, terutamanya lodak dan lempung yang tinggi, termasuk tekstur lempung berpasir, lempung berlodak dan semua kelas tekstur lempung. |
natrual clay | lempung semula jadi | Kejuruteraan | Petroleum | Lempung yangdijumpai semasa penggerudian berbagai-bagai jenis formasi, dan lempung ini masuk bergabung ke dalam lumpur penggerusian. “Hasil” setiap lempung semula jadi ini mungkin sangat jauh berbeza daripada yang lain dan sebahagian daripada lempung ini boleh dibiarkan bergabung dengan sistem lumpur tetapi sebahagian lagi tidak boleh dan mesti dipisahkan daripada sistem lumpur tersebut. |
fat clay | lempung tinggi plastik , lempung gemuk | Geologi | Tiada | Tiada |
attplugite clay | lempung atapulgit | Kejuruteraan | Petroleum | SINONIM: Lempung air garam Bahan koloid dari mineral lempung yang bergentian yang mempunyai sifat membina kelikatan dan merupakan bahan utama pembentuk lumpur penggerudian dasar air garam. Atapulgit adalah merupakan haba magnesium aluminium silikat kontang. |
argillic | berlempung | Geologi | Tiada | Berhubung dengan lempung atau mineral lempung. |
marl | marl; napal | Geografi | Tiada | 3. Lempung berkalsium atau batu lempung yang mengandung sekurang-kurangnya 15% kalsium karbonat. |
clay-stone | batu lempung | Geologi | Tiada | Lempung terkeras, terdiri terutamanya daripada bahan halus yang sebahagian besarnya adalah mineral lempung. |
plasticity | keplastikan | Kejuruteraan | Petroleum | Sifat pepejal terutamanya lempung dan buburan lempung yang tidak retak atau mericih apabila dikenakan teegasan melainkan jika mengalami perubahan bentuk atau mengalir. Bahan-bahan yang memiliki sifat keplastikan mempunyai nilai alah tertentu dan tegasan mesti diberikan sebelum gerakan dapat dimulai. Di bawah daripada nilai alah, pergerakan adalah berkadar terus dengan tegasan yang dikenakan, dan pergerakan akan terhenti apabila tegasan dihentikan. |