Acalypha indica | Cika Mas | Pertanian | Tiada | Tumbuhan dalam famili Euphorbiaceae ini juga dikenali sebagai kucing galak, ceka emas dan lis-lis. Ia jenis pokok herba 30 cm tinggi dalam famili Euphorbiaceae. Tumbuhan ini mempunyai daun ringkas, berbentuk ovat dan tepi daun bergerigi serulat. Jambak bunganya jenis spika mengandungi bunga bersaiz kecil. Tumbuhan ini hidup liar sebagai rumpai di kawasan terbuka dan tanah berpasir. Keseluruhan pokok yang telah ditumbuk lumat digunakan untuk merawat penyakit kulit, bisa gigitan ular dan luka. Air rebusan pokok digunakan sebagai ubat kumur untuk merawat ulser mulut, mandian lepas bersalin dan diminum oleh kaum lelaki sebagai afrodisiak. Air rebusan akar diminum untuk mengubati lenguh-lenguh badan dan kencing manis. |
viremia | viremia | Perubatan | Tiada | Kehadiran virus di dalam darah. Keadaan ini biasanya dicirikan dengan keletihan, demam dan lenguh, serta sakit di belakang tubuh dan anggota. |
Mc Kesson mouth prop | sangga mulut Mc Kesson | Pergigian | Tiada | Alat berbentuk trapezium dan diperbuat daripada getah yang digunakan untuk menahan mulut daripada tertutup. Alat ini terdapat dalam tiga saiz yang bersambung dengan rantai antara satu sama lain. Biasanya, alat tersebut digunakan mengikut kesesuaian saiz mulut pesakit. Sangga ini akan diletakkan di permukaan gigi posterior bagi memudahkan rawatan dan pesakit tidak akan berasa lenguh untuk membuka mulut. |
Peperomia pellucida | ketumpang air | Herba | Botani dan Bioteknologi | Tumbuhan herba bersaiz kecil dan beraroma dalam famili Piperaceae, dikenali juga sebagai rangu-rangu. Tumbuhan ini tumbuh di kawasan lembap dan teduh seperti di dalam pasu bunga dan tepi longkang. Batangnya licin, lembut dan mengandungi air. Daunnya kecil dan berbentuk jantung, berwarna hijau muda, licin dan berkilat. Bunganya sangat kecil dan tersusun pada jambak yang panjang dan padat. Buahnya kecil dan bulat. Air rebusan keseluruhan tumbuhan ini digunakan untuk menyembuhkan sengal dan lenguh tulang. Cecair pada batang digunakan untuk merawat sakit atau ketegangan pada mata. Daun yang dihancurkan dipupuk di kepala untuk menghilangkan demam dan sakit kepala. Jus daunnya diperah untuk mengubati sakit perut dan demam. Daun dan batangnya mengandungi kariofilena, alkohol, seskuiterpena, eter aromatik dan bahan antibakteria. |
Acalypha indica | cika mas | Herba | Botani dan Bioteknologi | Tumbuhan dalam famili Euphorbiaceae yang dikenali juga sebagai kucing galak, ceka emas dan lis-lis. Tumbuhan yang boleh mencapai 30 cm tinggi ini mempunyai daun ringkas, berbentuk ovat dan tepi daun bergerigi serulat. Jambak bunganya jenis spika mengandungi bunga bersaiz kecil. Tumbuhan ini hidup liar sebagai rumpai di kawasan terbuka dan tanah berpasir. Keseluruhan pokok yang telah ditumbuk lumat digunakan untuk merawat penyakit kulit, bisa gigitan ular dan luka. Air rebusan pokok digunakan sebagai ubat kumur untuk merawat ulser mulut, mandian selepas bersalin dan diminum oleh kaum lelaki sebagai afrodisiak. Air rebusan akarnya diminum untuk mengubati lenguh badan dan kencing manis. |
Melaleuca leucadendron | gelam | Herba | Botani dan Bioteknologi | Tumbuhan beraroma jenis pokok dalam famili Myrtaceae yang dikenali juga sebagai pokok kayu putih. Tumbuhan ini biasanya tumbuh di hutan paya dan persisiran pantai. Silaranya tirus berwarna putih kelabu dan kulit batangnya lekang seperti kepingan kertas. Daunnya tersusun berpilin, kecil berbentuk tombak dan berwarna hijau kelabu. Bunganya kecil, berwarna putih dan wangi. Tumbuhan ini menghasilkan minyak pati yang dikenali sebagai minyak kayu putih. Minyak ini boleh diminum untuk merangsang perpeluhan, meningkatkan degupan jantung, mengatasi kekejangan, merawat lelah, batuk, selesema, kecacingan, jangkitan pada sistem kencing, perut memulas, kolera, mententeramkan fikiran dan mengurangkan rasa sakit. Minyak kayu putih digunakan secara luaran untuk merawat pirai (gout), lenguh anggota, sakit sendi, luka, sakit kepala, sakit gigi, sakit telinga, gigitan serangga, penyakit kulit, kulit melecur, untuk mencuci luka dan menghalang jangkitan. Minyak ini juga digunakan sebagai pewangi dalam bahan pembersih, penyegar ud |