Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.rai] | لراي

Definisi : ; berlerai tidak bersambung (bersatu, berangkai-rangkai dsb) lagi: seminggu sudah berlalu, aku terasa bagai kalung mutiara yg putus ~; meleraikan 1. menceraikan, memisahkan (orang berkelahi dll): Cikgu Majid berkejar keluar hendak ~ budak yg sedang ber­tumbuk; penyakit jiwa susah hendak dilerai­kan drpd batin seseorang; 2. ki menjauhkan, menghindarkan (penyakit dll): ubat ini akan ~ penyakit selesema; terlerai dipisahkan atau diceraikan, tercerai, tersisih: cintaku telah ~; tidak ~ dgn janjang prb perihal tidak dapat diceraikan (orang yg berkasih-kasihan dll); peleraian proses meleraikan sesuatu: ~ masalah; pelerai 1. orang yg meleraikan (orang ber­kelahi dll), benda (ubat dll) yg menghindarkan penyakit dll: dipadankan sahaja rambut itu akan dijadikan tangkal dan azimat, dijadikan ubat jerih ~ demam; 2. (alat) utk memisahkan biji drpd tangkai: jentera ~ lada hitam; ~ demam a) ubat yg menyembuhkan penyakit; b) ki anak atau kekasih. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.rai] | لراي

Definisi : gugur dr tangkai (bkn buah-buahan yg bergugus-gugus spt langsat, rambai); luruh: buah yg ~. meleraikan 1 menanggalkan buah dr tangkainya (bkn buah-buahan yg bergugus-gugus). 2 menghentikan atau menceraikan orang yg sedang berkelahi dll: Pak Mat mencuba ~ kedua-dua orang yg berkelahi itu tetapi tidak berjaya. terlerai dpt dipisahkan (bkn orang yg berkelahi dll); tercerai. pelerai 1 orang yg meleraikan (perkelahian dll). 2 ubat dll yg digunakan supaya terhindar drpd penyakit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lerai
Kata Terbitan : meleraikan, terlerai, pelerai,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
resolvelerai; sembuh; selesai; uraiFizikTiadaTiada
resolvelerai; sembuh; selesai; uraiMatematikTiadaTiada
resolvelerai; sembuh; selesai; uraiPerubatanTiadaTiada
resolvelerai; sembuh; selesai; uraiKejuruteraanTiadayang bertindak pada arah yang berlainan.
twist releaselerai pilinKesenianTiadaTiada
loose fruitsbuah leraiPertanianAgroteknologiBuah kelapa sawit yang terlerai daripada tandan apabila dituai. Tandan yang dituai biasanya jatuh terus ke tanah dan buah yang longgar akan terlerai apabila terhempas ke tanah. Sekiranya buah yang terlerai ini tidak dipungut, ia akan menyebabkan kerugian hasil. Terdapat beberapa jenis jentera telah direka untuk memungut buah terlerai tanpa menggunakan tenaga pekerja yang banyak.
chemical weatheringluluhawa kimiaPertanianAgroteknologiPemecahan butiran tanah secara beransur-ansur akibat tindakan kimia seperti hidrolisis yang berlaku apabila hidrogen daripada air menukarkan mineral dalam granit kepada bentuk yang mudah lerai.

Kembali ke atas