Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.tup.le.tup] | لتوڤ٢

Definisi : sj tumbuhan (pokok memanjat), leletup, cipluan, ubat pekung, Physalis minima; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.tup.le.tup] | لتوڤ٢

Definisi : sj permainan kanak-kanak (belon getah, bedil buluh, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.tup.le.tup] | لتوڤ٢

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok me­manjat), letup; 2. sj tumbuhan (herba), timun dendang (hutan, tikus), pokok lang bulu, akar mentimun, Passiflora foetida. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata letup-letup


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Passiflora foetidaletup-letupHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan herba kecil dalam famili Passifloraceae dan dikenali juga sebagai timun dendang. Tumbuhan ini hidup liar secara menjalar atau memanjat pokok lain di tanah terbiar atau belukar. Batangnya kecil berbulu dan mempunyai sulur paut. Daunnya nipis, berbulu dan bercuping tiga serta berbau kuat apabila diramas. Bunganya agak besar, berwarna putih berbelang ungu. Buahnya yang bulat dan kecil dibaluti kaliks berbulu. Buah muda berwarna hijau dan bertukar kuning apabila masak. Daunnya digunakan sebagai ubat sapu untuk merawat kegatalan kulit. Tumbuhan ini mengandungi asid hidrosianik. Buah yang muda agak beracun, manakala buah yang masak berasa manis dan boleh dimakan.
raven's cucumber (Passiflora foetida)letup-letup;; timun dendang (Passiflora foetida)PertanianTiadaTiada
love-in-mist (Passiflora feotida)letup-letup (Passiflora feotida)VeterinarTiadaTiada
Physalis minimacipluanHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan herba kecil yang bercabang dalam famili Solanaceae, yang dikenali juga sebagai cipulan atau letup-letup. Tumbuhan ini hidup liar di tanah terbiar yang banyak mengandungi bahan organik. Ketinggiannya boleh mencapai 50 cm. Daunnya jenis ringkas dan tersusun berselang. Daunnya berbentuk bujur dan tepinya bergerigi jarang. Bunganya kecil berwarna merah jambu dan berbintik perang. Buahnya kecil dan bulat diselubungi kaliks yang bercantum. Buah muda berwarna hijau dan buah masak berwarna kekuning-kuningan. Daunnya ditumbuk dibuat pupuk untuk merawat sakit kepala, sakit perut, gatal kulit dan sakit sendi. Air rebusan diminum untuk merangsang kencing, mengurangkan tekanan darah dan panas badan. Buahnya mengandungi alkaloid, asid sitrik, asid malik, gula, vitamin A dan C. Buah yang masak mengandungi sedikit fisalin, yang boleh menyebabkan pening sekiranya dimakan berlebihan.
tendrilsulur pautHerbaBotani dan BioteknologiStruktur yang terdapat pada pokok yang memanjat dan melilit. Struktur ini digunakan untuk memaut, memanjat dan melilit pada sokongan. Contohnya, sulur paut pada pokok peria (Momordica charantia) dan pokok letup-letup (Passiflora foetida).
weedrumpaiVeterinarTiadaRumput-rampai dan tumbuhan renek serta berdaun lebar yang tumbuh secara bebas di merata-rata tempat seperti di kebun, ladang tanaman utama, tepi-tepi jalan atau di ban tali air. Sebahagian besar tumbuhan ini digemari oleh ternakan ruminan. Terdapat juga beberapa spesies rumpai berdaun lebar yang digemari oleh ternakan seperti rumput Israel (Asystasia intrusa) dan akar ulan (Mikania cordata). Manakala, jenis rumpai yang kurang digemari pula selalunya mempunyai ciri-ciri tumbuhan yang berduri seperti semalu (Mimosa pudica) dan terung liar (Solanum spp), berdaun kasar seperti mempelas (Tetracera indica) dan senduduk (Melastoma malabathricum), daun berbulu seperti akar kala (Clidemia hirta) dan letup-letup (Passiflora foetida) ataupun jenis yang berbau seperti pokok bunga tahi ayam (Lantana camara) dan maman pasir (Cleome cilita).
firecetus; letup; apiFizikTiadaTiada
blastbagas; letup; ledakanFizikTiadaTiada
blastbagas; letup; ledakanGeologiTiadaTiada
blastbagas; letup; ledakanKejuruteraanTiadaTiada
12345

Kembali ke atas