Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lia.bi.li.ti] | ليابيليتي

Definisi : jumlah hutang yg perlu dijelaskan dgn wang, barang, atau perkhidmatan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lia.bi.li.ti] | ليابيليتي

Definisi : ist nilai tanggungan atau hutang sesebuah syarikat dll kpd orang (syarikat) lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata liabiliti


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
general liability insuranceinsurans liabiliti aminsuransTiadaInsurans yang melindungi pemilik dan pengendali perniagaan daripada pelbagai jenis pendedahan liabiliti. Pendedahan ini termasuk liabiliti yang timbul akibat kemalangan yang berpunca daripada premis, operasi insured, keluaran yang dijual oleh insured, dan liabiliti berkontrak.
general liability insuranceinsurans liabiliti amPentadbiran PerniagaanTiadaInsurans yang melindungi pemilik dan pengendali perniagaan daripada pelbagai jenis pendedahan liabiliti. Pendedahan ini termasuk liabiliti yang timbul akibat kemalangan yang berpunca daripada premis, operasi insured, keluaran yang dijual oleh insured, dan liabiliti berkontrak.
elevator/lift liability insuranceinsurans liabiliti elevator/ insurans liabiliti lifPentadbiran PerniagaanTiadaInsurans untuk melindungi kerosakan biasa yang tidak sengaja ke atas lif serta liabiliti pihak ketiga.
liquor liability insuranceinsurans liabiliti arak/insurans liabiliti likuorPentadbiran PerniagaanTiadaKontrak insurans yang memberi perlindungan kepada tuan punya perniagaan yang menjual minuman keras. Perlindungan ini ialah untuk liabiliti berpunca daripada kemalangan disebabkan oleh pelanggan yang mabuk setelah meminum minuman keras yang dihidangkan atau yang dijual oleh tuan punya kedai tersebut.
liability sensitivitykepekaan liabilitiEkonomiEkonomi IslamPerbezaan kematangan dan tempoh liabiliti berbanding kematangan dan tempoh aset. Institusi kewangan Islam mempunyai kepekaan liabiliti yang sensitif apabila wujud keadaan, sama ada perbezaan kematangan yang positif atau perbezaan tempoh negatif. Perbezaan kematangan positif berlaku apabila kematangan sesuatu liabiliti melebihi kematangan sesuatu aset. Perbezaan tempoh negatif pula berlaku apabila purata tempoh liabiliti melebihi purata tempoh aset. Perbezaan tersebut akan menyebabkan institusi kewangan Islam menghadapi masalah ketidakpadanan pengurusan liabiliti dan asetnya. Dalam keadaan ini, walaupun bank tidak menghadapi masalah kecairan tetapi mengalami pengurangan keuntungan.
public liability insuranceinsurans liabiliti awaminsuransTiadaInsurans liabiliti pihak ketiga yang berkaitan dengan liabiliti kecederaan anggota badan dan kerosakan harta. Insurans ini melindungi liabiliti insured apabila didakwa oleh orang awam di mahkamah.
legal liabilityliabiliti undang-undanginsuransTiadaLiabiliti di bawah undang-undang adalah berbeza dengan liabiliti yang timbul daripada kontrak atau perjanjian. Dalam insurans, istilah ini digunakan untuk merujuk kepada liabiliti seseorang apabila kecuaiannya mengakibatkan kecederaan pihak lain.
passenger liabiliyliabiliti penumpanginsuransTiadaAmaun had liabiliti terhadap pengangkutan kepada penumpang ke atas kecederaan anggota badan penumpang adalah berbeza mengikut jenis pengangkutan. Liabiliti terhadap penumpang kapal terbang dihadkan amaunnya oleh konvensyen dan perundangan antarabangsa. Liabiliti tuan punya kapal laut terhadap penumpangnya dihadkan oleh perundangan. Pengguna kenderaan bermotor mungkin tidak boleh mengetepikan tanggungan liabilitinya kepada penumpang melalui kontrak. Dengan itu dia perlu menginsuranskan liabiliti tersebut tanpa had ke atas amaun.
public liability insuranceinsurans liabiliti awamPentadbiran PerniagaanTiadaInsurans liabiliti pihak ketiga yang berkaitan dengan liabiliti kecederaan anggota badan dan kerosakan harta. Insurans ini melindungi liabiliti pihak yang diinsuranskan apabila didakwa oleh orang awam di mahkamah.
passenger liabilityliabiliti penumpangPentadbiran PerniagaanTiadaAmaun had liabiliti terhadap pengangkutan kepada penumpang ke atas kecederaan anggota badan penumpang adalah berbeza mengikut jenis pengangkutan. Liabiliti terhadap penumpang kapal terbang dihadkan amaunnya oleh konvensyen dan perundangan antarabangsa. Liabiliti tuan punya kapal laut terhadap penumpangnya dihadkan oleh perundangan. Pengguna kenderaan bermotor mungkin tidak boleh mengetepikan tanggungan liabilitinya kepada penumpang melalui kontrak. Dengan itu dia perlu menginsuranskan liabiliti tersebut tanpa had ke atas amaun.
12345678910...

Kembali ke atas