Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : orang yg suka bercakap-cakap, suka menghasut­-hasut; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
lidah (kata nama)

Puisi
 

Kencang-kencang angin timur,
     Belayar tanah seberang;
Panjang-panjang engkau umur,
     Akan pembalas budi Si Dayang.


Lihat selanjutnya...(102)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
apron tonguelidah kasut apronKesenianTiadaLidah kasut yang panjang dan berumbai, biasanya dibalikkan ke hadapan dan menutupi tali kasut.
earth tonguelidah bumiBiologiMikologiNama am bagi jasad buah kulat dalam order Helothiales, misalnya Geoglosum. Jasad buah ini berbentuk panjang dan kelihatan seperti lidah.
long-term memory (LTM))ingatan jangka panjang (LTM)PsikologiPsikologi UmumIngatan yang menyimpan banyak maklumat terutamanya yang bermakna dan signifikan dalam kehidupan individu. Maklumat yang tersimpan boleh membantu individu dalam pembelajaran, menyesuaikan diri dengan persekitaran dan membina identiti diri serta peribadi. Maklumat boleh disimpan mengikut semantik berkategori. Contohnya, nama seperti durian, nangka, ciku, rambutan, pulasan dan sebagainya boleh disimpan dan diingat di bawah konsep buah. Malah orang yang mengalami cacat ingatan juga boleh mengingati konsep buah sekalipun sukar menamakan buah tersebut. Sesuatu maklumat juga disimpan dalam bentuk bunyi dan rupa. Dalam fenomena hujung lidah, individu terasa seperti mengingati seseorang individu itu tetapi gagal menamakannya. Namun, bunyi nama individu itu berkemungkinan besar dapat diingat, misalnya jika nama orang itu khalid, nama seakan-akan dengannya seperti Walid, Mulid, Talib, Lid adalah lebih tinggi kemungkinan untuk diingat berbanding nama seperti Adam atau Hashim.
gurindamgurindamKesusasteraanTiadaBentuk puisi Melayu tradisional yang berangkap dengan setiap rangkapnya terdiri daripada dua baris sejajar yang berpasangan dan berirama. Panjang baris gurindam tidak tetap seperti pantun dan syair. Setiap rangkap gurindam mengandungi satu tema atau idea yang lengkap. Baris pertama mengandungi semacam soalan atau syarat dan baris kedua jawapannya. Walaupun setiap pasangan baris bersifat utuh kendiri, tetapi makna gurindam menjadi lebih sempurna apabila dikembangkan dalam rangkaian yang berikutnya. Gurindam biasanya bersifat serius, isinya mengandungi nasihat, teguran dan pengajaran yang disebut secara langsung. Contoh yang popular ialah �Gurindam Dua Belas� karya Raja Ali Haji: Apabila terpelihara mata, Sedikitlah cita-cita. Apabila terpelihara kuping, Khabar yang jahat tiadalah damping. Apabila terpelihara lidah, Nescaya dapat daripadanya faedah. Sehingga hari ini, konsep gurindam seperti yang diberi oleh Raja Ali Haji masih diguna pakai. Contoh gurindam semasa dapat dilihat dalam �Gurindam Dulu

Kembali ke atas