Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lig.nin] | ليݢنين

Definisi : (Bio) bahan yg membentuk dinding sel berkayu pd tumbuh-tumbuhan; peligninan proses tumbuhan menjadi berkayu apabila juzuk-juzuk tertentu dlm dinding selnya berubah menjadi lignin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lig.nin] | ليݢنين

Definisi : ist bahan yg berfungsi sbg pengikat dan pengukuh kpd gentian selulosa (terdapat pd tumbuh-tumbuhan yg berteras). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lignin


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ligninligninPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanJuzuk bukan karbohidrat pada struktur tumbuhan berkayu yang menutupi dinding sel dan melekatkan sel-sel berkenaan. Lignin terdiri daripada kumpulan polimer terbitan fenil propana tertentu. Beberapa jenis lignin telah dikenal pasti, bergantung pada kaedah pengasingannya daripada sebatian kayu, seperti lignin alkali dan lignin Klason.
ligninligninHerbaFitokimiaSebatian polimer semula jadi hasil pempolimeran oksidaan radikal koniferil alkohol. Lignin tersebar luas secara merata dalam tisu kayu. Sebatian ini memberikan kekuatan dan kestabilan dinding sel. Tanpa lignin, pertumbuhan sebarang pohon yang tinggi tidak akan berlaku. Lignin terikat kepada selulosa melalui rangkaian glukosida dalam dinding sel dan dikenali sebagai lignoselulosa.
native ligninlignin asliPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanSebatian lignin dalam keadaan semula jadi dalam tisu tumbuhan, dan berbeza daripada sebatian lignin yang telah diubah bentuk yang diasingkan secara kimia.
Klason ligninlignin KlasonPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanSebatian lignin ternyahasli sebagai bahan lebihan setelah semua karbohidrat dikeluarkan akibat tindakan asid sulfurik sejuk berkepekatan 72 peratus dan diikuti dengan rawatan asid sulfurik cair yang mendidih.
ligninligninBioteknologiTiadaPolimer kompleks yang terdiri daripada fenil-propanoid, misalnya 3-metoksi-4-hidrofenil pro-1-ene-3-ol. Polimer ini terdapat dalam bahan berkayu tumbuh-tumbuhan peringkat tinggi (kandungannya 20%-35%) bersama dengan selulosa dan hemiselu losa. Lignin rintang terhadap bahan kimia, tetapi dapat ditindak oleh enzim pada had tertentu.
ligninligninBiologiHistologi dan SitologiSebatian organan kompleks beraroma yang terkumpul di dalam selulosa dinding sel sklerenkima, trakeid dan vesel xilem, yang meningkatkan kekuatan dan kekerasan dinding sel. Sebanyak ¼ hingga 1/3 daripada tisu tumbuh-tumbuhan terdiri daripada sebatian lignin.
ligninligninPertanianTiadaTiada
ligninligninPerhutananTiadaTiada
ligninligninKimiaTiadaTiada
ligninligninPerubatanTiadaTiada
123456789

Kembali ke atas