chrysophanic acid | asid krisofanik | Biologi | Mikologi | Bahan kimia berupa hablur berwarna kuning atau jingga yang terdapat di dalam dinding liken, misalnya liken Caloplaea dan Xanthoria. Bahan ini berubah warnanya kepada warna ungu apabila bertindak balas dengan kalium hidroksida. asid parietik, parietin. |
lichen | liken | Biologi | Ekologi | Alga dan kulat yang tumbuh bersama dan hidup secara simbiosis. Alga membekalkan bahan fotosintesis, manakal kulat memberikan perlindungan kepada alga. Liken tumbuh di permukaan batang pokok, tanah, dan batuan yang terdedah. Kehadiran liken menandakan kawasan yang berkenaan belum tercemar. Misalnya, Cladonia spp. yang berwarna merah yang tumbuh di kawasan pergunungan di Malaysia. |
crustose lichen | liken krustos | Biologi | Mikologi | Liken yang biasanya membentuk kerak tipis dan melekat pada permukaan substratnya. |
atrophic lichen planus | liken planus atrofi | Perubatan | Tiada | Liken planus yang bercirikan batas rete mendatar, kekurangan susupan mononuklear dan pertambahan fiber kolagen dan arteriol. |
bullous lichen planus | liken planus berbula | Perubatan | Tiada | Sejenis liken planus yang bercirikan pembentukan bula. |
lichen acid | asid liken | Biologi | Mikologi | Sebatian organik yang disintesis oleh liken. Sebatian ini dimendakkan di permukaan hifa dan tidak di dalam sel. |
epiblastesis | epiblastesis | Biologi | Mikologi | Pertumbuhan liken daripada gonidium yang berkembang di atas liken induk. |
pseudolichen | pseudoliken | Biologi | Mikologi | Liken yang tidak mempunyai lapisan alga, tetapi menjadi parasit pada liken lain. |
lecanoric acid | asid lekanorik | Biologi | Mikologi | Asid liken paling ringkas, yang terdapat pada kebanyakan liken. |
soralium | soralium | Biologi | Mikologi | Pustul pada talus liken tertentu yang kedudukannya dan bentuknya mencirikan spesies liken tertentu. |