Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[li.nang] | لينڠ

Definisi : ; berlinang, berlinang-linang, melinang 1. bercahaya-cahaya, berkilat-kilat, berkilau: si laki-laki berminyak rambut hingga berlinang-linang dan perempuan memakai gincu bibir; 2. jatuh menitik (air mata dll), menitis: maka keempat-empat saudara itu pun berlinang-linanglah air matanya mendengar cerita saudaranya itu; linangan perihal berlinang (air mata dll), titisan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[li.nang] | لينڠ

Definisi : ; ~ kuning sj ikan darat (spt belut), Anguilla mauritania. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[li.nang] | لينڠ

Definisi : ; berlinang 1 bertakung di kelopak mata (bkn air mata); bergenang. 2 berkilat atau berkilau (kerana diselaputi minyak dsb). linangan apa-apa yg berlinang (air mata dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
linang
Kata Terbitan : berlinang, linangan,

Puisi
 

Pasang kelong laut Mengkalis,
     Tumis santan linang berlinang;
Biar remuk jiwaku habis,
     Lagi tak dapat hati tak senang.


Lihat selanjutnya...(5)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
eellinangPerikananTiadaBelut daripada famili Anguillidae yang bersifat katadromi, iaitu mendiami habitat air tawar dan membiak di laut dalam. Hanya spesies daripada famili ini sahaja yang mempunyai sirip pektoral. Lihat juga belut.
gamma linolenic acidasid gama linolenikPerikananTiadaAsid lemak tak tepu yang perlu untuk pengeluaran prostaglandin untuk keseimbangan fungsi badan. Contohnya, asid yang terkandung di dalam minyak daripada tumbuhan evening primrose dan pati ikan linang.

Kembali ke atas