valvula | valvula | Biologi | Entomologi | Lipatan kecil. |
tuck | selit; tisu hias | Kesenian | Tiada | Lisu hias: Lipatan kecil berjahit yang tidak melebihi 1 cm sebagai hiasan pakaian. |
broken over | selitan berlipat | Perpustakaan | Tiada | Plat atau helaian, berasingan, yang diselitkan dalam buku, memberi lipatan kecil berdekatan dengan bahagian belakangnya, atau tubir, sebelum dijahit untuk memastikan kedudukannya mendatar dan mudah diterbalikkan bila buku tersebut dijilid. |
omentum | omentum | Veterinar | Praklinikal | Lipatan peritoneum yang bermula dari perut ke organ lain. Omentum terdiri daripada beberapa lipatan. Lipatan yang paling penting ialah omentum besar; iaitu lipatan yang melepasi bahagian hujung kolon besar dan pangkal kolon kecil. Omentum biasanya mengandungi lemak. |
accordion fold | lipatan akordian | Geologi | Tiada | Lipatan yang menyerupai lipatan kusut tetapi mempunyai engsel sudut yang lebih kecil. |
knee-fold | lipatan lutut | Geografi | Tiada | Perihal bentuk lipatan yang kecil dan rendah. |
brochure | brosur | Komunikasi | Korporat | Buku kecil atau risah yang mengandungi maklumat tentang organisasi atau sesuatu acara penting yang danjurkan. Brosur boleh berbentuk buku kecil, selembar kertas, atau kad yang berlipat. Bentuk lipatan adalah pelbagai, sama ada berlipat dua, berlipat tiga, lipatan pintu, atau lipatan bentuk Z. Reka bentuk dari segi imej visual dan warnya banyak bergantung pada kedudukan kewangan organisasi dan bersesuaian dengan acara serta khalayak. Jumlah cetakan biasanya banyak dan mudah diedarkan melalui pos atau diselit dalam katalog atau selongsong maklumat. |
seams | lipatan | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Ketakselanjaran yang terbentuk semasa proses penggelekan bilet logam menjadi bentuk plat atau silinder yang lebih kecil. Dalam proses penggelekan bilet, lipatan boleh terbentuk apabila terdapatnya benda asing atau ketakselanjaran pada bilet tersebut. |
foliose coral | karang folios | Sains Marin | Tiada | Karang yang berbentuk lembaran yang menonjol pada dasar terumbu, berukuran kecil dan membentuk lipatan melingkar umpama kelopak. |
clip-snip | kacip | Kesenian | Tiada | Guntingan kecil yang dibuat pada kelim, pangkal lisu pemadan, lisu hias, lisu dan garis lipatan yang bertujuan untuk memberi kelegaan pada kelim pakaian. |