through vault | lombol dakap | Sukan | Tiada | Praterbang seperti lombol stradel dengan badan mendakap semasa melepasi kekuda lombol. Posisi badan tegak dan kaki diluruskan sebelum mendarat. |
compulsory vault | lombol wajib | Sukan | Tiada | Unsur lombol yang telah ditetapkan dan mempunyai nilai asas sebanyak 10.00. |
straddle vault | lombol stradel | Sukan | Tiada | Unsur lombol asas yang dilaksanakan dengan kaki stradel semasa pascaterbang. |
Yamashita vault | lombol Yamashita | Sukan | Tiada | Praterbang seperti lombol hambur terbang. Semasa pascaterbang, posisi badan bersudut. Badan diluruskan sebelum mendarat. |
vaulting horse | kekuda lombol | Sukan | Tiada | Alat lombol yang digunakan semasa pertandingan. |
handspring front vault | lombol kuang depan | Sukan | Tiada | Praterbang, seperti lombol hambur terbang, diikuti dengan kuang depan, sebelum mendarat. |
handspring vault | lombol hambur terbang | Sukan | Tiada | Hambur terbang yang dilakukan atas kekuda lombol. |
vaulting pole | galah lombol | Sukan | Tiada | Galah yang diperbuat daripada kaca gentian, yang digunakan untuk melombol supaya melepasi palang, dalam acara lombol bergalah. |
Yurchenko vault | lombol Yurchenko | Sukan | Tiada | Perbuatan melakukan hambur hadap pada papan anjal dan diikuti dengan lenting lentik sebelum tangan mencecah kekuda lombol. Kuang belakang dilakukan semasa pascaterbang sebelum mendarat. |
second flight | pascaterbang | Sukan | Tiada | Salah satu komponen yang dinilai dalam acara lombol. Ia bermula daripada tolakan tapak tangan dari kekuda lombol hingga mendarat. Sinonim: flight - off |