gobelins | gobelin | Kesenian | Hiasan Dalaman | Nama keluarga yang telah memperkenalkan kilang pencelup warna pada pertengahan abad ke-15. Kilang tersebut telah dibeli oleh Louis XIV pada tahun 1662. Selain mengeluarkan pencelup warna, Louis XIV juga mengeluarkan perabot, upholsteri dan dewangga di kilang ini. |
modern architecture | seni bina moden | Kesenian | Seni Bina | Seni bina yang dipelopori oleh arkitek masyhur seperti Louis Sullivan, Walter Gropius, Frank Lloyd Wright, Le Corbusier dan Mies van de Rohe, yang bermula pada sekitar tahun 1920-1960, kesan daripada kemajuan teknologi dan pertumbuhan industri. Antara jenis seni bina yang terdapat dalam era seni bina moden ialah seni bina Art-Nouveau, pascamoden, teknologi tinggi (hi-tech), neoklasik dan kontemporari. Tema pengenalan kepada seni bina ini adalah seperti yang berikut: 1.���Reka bentuk bangunan yang mengikut fungsi kegunaan dan tidak mempunyai aturan piawaian seperti binaan klasik. 2.���Pertemuan sambungan bahan binaan pada sudut 90�. 3.���Ringkas dan jelas dari segi bentuk dan tidak mempunyai dekorasi berlebihan. 3.���Ringkas dan jelas dari segi bentuk dan tidak mempunyai dekorasi berlebihan. 4.��Mempamerkan struktur bangunan dengan jelas. 5.��Mempamerkan bahan binaan dalam bentuk sebenar, bukan samaran atau dibuat sebagai sesuatu bahan binaan lain. Contohnya, dalam seni bina |
bergere | bergere | Kesenian | Hiasan Dalaman | Kerusi yang mempunyai tempat bersandar, yang bersambung dengan tempat duduk serta tempat letak tangan dan dihasilkan dengan gaya Louis XV dari Perancis. Reka bentuknya dikemaskan dengan upholsteri di kedua-dua bahagian tepi, penyandar belakang yang berbentuk melengkung dan bingkai berukir. Gaya ini telah bermula pada abad ke-18 dan terkenal hingga kini. |
engageantes | engageant | Kesenian | Tiada | 1. Istilah Perancis untuk 2 atau 3 tingkat renda atau ropol fabrik tipis lutsinar yang digunakan untuk manset. Dipakai oleh orang lelaki di zaman Louis ke-XV.,2. Lapis lengan tumpang yang diperbuat daripada fabrik putih, bahagian tepi dihiasi renda atau sulaman. Dipakai oleh wanita Eropah dari tahun 1840 hingga 1865. |
absolute power | kuasa mutlak | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Kuasa sesuatu pihak yang tidak dibatasi oleh peraturan atau undang-undang. Kuasa tersebut sering dikaitkan dengan bentuk pemerintahan yang bersifat diktator. Contohnya, pemerintah yang berkuasa mutlak ialah Raja Louis ke-XIV (1643 � 1715) di Perancis. Kemuncak kemutlakan kuasanya menyebabkan beliau mendakwa bahawa khazanah negara sebagai milik peribadinya. Perkara ini terkandung dalam ungkapan agungnya, iaitu �L�etat c�est moi� (negara ialah aku). Prinsip kuasa mutlak ini telah mendapat tentangan daripada gerakan pembebasan khususnya pejuang hak asasi manusia aliran liberal. Di Perancis, kuasa mutlak golongan raja dan bangsawan telah diruntuhkan oleh gerakan revolusi rakyat. |
improvisation | improvisasi | Muzik | Tiada | Teknik seni persembahan yang spontan tanpa persediaan terlebih dahulu. Kebanyakan muzik jazz bercorak improvisasi. Contohnya, gubahan jazz oleh Miles Davis (1926-1991), Benny Goodman (1909-1986), dan Louis Armstrong (1901-1971). |
democratic architecture | seni bina demokratik | Kesenian | Seni Bina | Pendekatan seni bina yang menerapkan prinsip-prinsip demokrasi dalam reka bentuk ruang dan bahasa seni binanya. Pendekatan seni bina ini berkembang pesat di Amerika Syarikat pada awal dan pertengahan abad ke-20, yang dipelopori oleh Frank Lloyd Wright dan Louis Sullivan sebagai pengasasnya. Prinsip utama pendekatan seni bina ini ialah mereka bentuk bangunan yang dapat memenuhi keperluan rakyat atau mesra rakyat, sepertimana ungkapan yang berbunyi �dekat dengan rakyat, daripada rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat�. |
autocracy | autokrasi | Sains Politik | Politik Perbandingan | Bentuk sistem pemerintahan yang dikuasai oleh seseorang individu secara mutlak. Dalam negara yaug mengamalkan sistem ini, individu yang berkuasa mempunyai kuasa penuh dalam setiap aspek pemerintahan seperti menguasai bidang eksekutif, legislatif dan kehakiman. Setiap perkataan atau tindakan individu yang berkuasa tersebut dilihat sebagai tindakan negara dan perlu dipatuhi serta diikuti oleh setiap rakyat. Contoh negara yang mengamalkan sistem ini ialah Perancis semasa pemerintahan Raja Louis ke-14, yang pernah menyebut "sayalah negara". |
modernism | modenisme | Kesenian | Seni Bina | Pendekatan seni yang menekankan konsep moden. Konsep modenisme adalah tema utama dalam seni bina moden pada abad ke-20. Pemahaman ini semakin popular di peringkat global terutamanya selepas Perang Dunia Kedua. Seni bina modenisme telah diguna pakai oleh ramai arkitek dan pendidik seni bina, dan menjadi gaya seni bina dominan untuk bangunan institusi dan korporat pada abad ke-21. Arkitek yang penting kepada sejarah dan perkembangan gerakan seni bina moden ialah Ludwig Mies van der Rohe, Le Corbusier, Walter Gropius, Erich Mendelsohn, Frank Lloyd Wright, Louis Sullivan, Gerrit Rietveld, Bruno Taut, Arne Jacobsen, Oscar Niemeyer dan Alvar Aalto. |