Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (Geog) luluh oleh tindakan hawa; meluluh hawa meluluhkan dgn tindakan hawa: batu asal di permukaan bumi ini pd mulanya diluluh hawa dan dihakis oleh agen tertentu spt air, angin, dan glasier; peluluhhawaan perihal (tindakan dsb) me­luluh hawa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : proses hakisan atau peluluhan batu-batan yg disebabkan oleh keadaan iklim (angin, hujan, cahaya matahari dsb) setempat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
luluh (adjektif)
Bersinonim dengan hancur, remuk, relai, berkecai, bersepai, rapun;,
Kata Terbitan : meluluhkan, luluhan, peluluhan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
landscape weatheringluluh hawa landskapLandskapTiadaPerubahan landskap yang berlaku akibat faktor-faktor alam Semula jadi seperti hakisan air dan angin , perubahan suhu dan sebagainya. Contohnya, perubahan daripada batu gunung kepada batu sungai dan seterusnya kepada pasir sungai.
tenacitykelekatanBiologiPatologiKemampuan yang diukur dari segi lamanya sesuatu bahan (misalnya pestisid) melekat pada permukaan sesuatu benda (misalnya tumbuhan) terhadap luluh hawa. lih. indeks kelekatan.
disintegrationpenyepaianArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiProses yang melibatkan pecahan atau relaian butir-butir batuan disebabkan faktor semula jadi seperti luluh hawa dan bukan semula jadi dilakukan oleh manusia. Hasil sisa penyepaian ini boleh digunakan sebagai peralatan bersesuaian dengan bentuk dan fungsi. Bentuk yang kerap ditemui adalah untuk tujuan pemotongan. Artifak daripada penyepaian ini biasanya berbentuk kecil dan tajam pada bahagian tertentu.

Kembali ke atas