mahang | mahang | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama piawai bagi kayu Macaranga spp. daripada famili Euphorbiaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah kubin dan mesepat, di Sabah ialah marakubung, merkubung, dan sedaman, dan di Sarawak ialah benuah. Spesies utamanya kayu ini ialah Macaranga gigantea, M. hosei, M.hypoleuca, M.lowii, dan M. pruinosa. Gubal dan teras kayu mahang sukar dibezakan dan biasanya berwarna kuning coklat. Tekstur kayunya halus dengan ira yang lurus atau bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 270 hingga 495 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras ringan. Kayu ini mudah dikerjakan tetapi tidak tahan dan sesuai digunakan dalam pembuatan anak mancis, dan sebagai sumber pulpa. |
felling subseral | subsere tebangan | Biologi | Ekologi | Perkembangan beberapa siri komuniti tumbuhan yang berpunca daripada penebangan hutan. Misalnya, perkembangan sekutuan Imperata-Decranopteris-Melastoma, dan Macaranga-Mallotus-Trema. |
photophyte | fotofit | Biologi | Ekologi | Tumbuhan yang memerlukan rangsangan cahaya untuk pencambahan biji benih, dan yang cepat tumbuh di kawasan terbuka, misalnya lalang, Imperata cylinderica dan pokok mahang, Macaranga gigantifolia. |
Euphorbiaceae | Euphorbiaceae | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Famili tumbuhan yang meliputi tumbuhan besar, yang kebanyakannya terdapat di kawasan belukar dan hutan sekunder. Antara kayu dagangan utama termasuk sesenduk daripada genus Endospermum, dan kayu getah daripada genus Hevea. Beberapa genus yang menghasilkan pokok besar ialah Baccaurea, Elateriospermum, Macaranga, Mallotus, dan Sapium. |