ferromagnetism | feromagnetisme | Kimia | Tiada | Fenomena tentang mudahnya bahan tertentu memperoleh sifat kemagnetan yang bergantung pada suhu. Fenomena ini disebabkan olek elektron tak berpasangan yang bertindak sebagai magnet asas yang kecil. Magnet-magnet asas ini dijajarkan selari antara satu dengan yang lain oleh daya antara molekul yang disebut daya bertukar. Jika medan luaran dikenakan, momen magnet asas akan tersusun lurus. Apabila medan magnet cukup besar, kesemua magnet asas akan menghala pada arah medan tersebut dan sampel dikatakan tepu. Magnet kekal terjadi apabila momen mangnet asas tetap tersusun apabila medan magnet disingkirkan. Feromagnetisme berlaku pada ferum, kobalt dan nikel serta sesetengah sebatian logam ini. |
keeper | pengekal | Kejuruteraan | Tiada | 1. Pengekal: Pengalir magnet, yang ditempatkan pada hujung magnet kekal, digunakan untuk menyempurnakan litar magnet bagi magnet kekal, demi melindungi magnet kekal itu daripada pengaruh-pengaruh penyahmagnetan.,3. Anak tangga atau galas boleh gerak yang di bawah pada kotak gandar. |
magnetic separator | pemisah magnet | Geologi | Tiada | Mesin untuk memisahkan bahan magnet dari bahan kurang magnet atau dari bahan bukan magnet dengan menggunakan medan magnet yang kuat. |
magnetic field | medan magnet | Matematik | Tiada | 1. Pengaruh yang tidak kelihatan di sekeliling magnet yang menyebabkan satu magnet bertindak terhadap magnet yang satu lagi. Bumi mempunyai medan magnet yang menganjur masuk ke dalam angkasa lepas dan bertindak balas dengan angin suria lalu membentuk aurora dan magnetosfera. |
damping magnet | magnet redaman | Kejuruteraan | Tiada | Magnet kekal yang digunakan untuk menghasilkan redaman dengan mengaruhi arus pusar pada cakera logam atau jasad-jasad lain. |
superconducting magnet | magnet superkonduktor | Kejuruteraan | Tiada | Magnet yang digunakan untuk kajian kerosakan bahan yang teraruh oleh sinaran. |
analysing magnet | magnet analisis | Kejuruteraan | Tiada | Magnet yang digunakan untuk menyerakkan atau menumpukan zarah atau molekul bercas. |
belt magnet | magnet tali sawat | Kejuruteraan | Tiada | Peranti daripada magnet untuk menyingkirkan bahan ferus daripada sampah sarap. |
secondary storage | storan sekunder | Pendidikan | Tiada | Storan tambahan bagi storan utama komputer, misalnya pita magnet, cakera magnet atau kompang magnet. Storan sekunder menyimpan lebih banyak data tetapi masa capaiannya lebih perlahan daripada storan utama. |
secondary storage | storan sekunder | Teknologi Maklumat | Tiada | Storan tambahan bagi storan utama komputer, misalnya pita magnet, cakera magnet atau kompang magnet. Storan sekunder menyimpan lebih banyak data tetapi masa capaiannya lebih perlahan daripada storan utama. |