Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mahukan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sukuk indexindeks sukukEkonomiEkonomi IslamIndeks untuk mengukur prestasi umum bon yang selaras dengan syariah. Indeks ini menjadi tanda ukur bagi pelabur yang mahukan pendapatan tetap pelaburan daripada bon syariah. Indeks ini dikira berdasarkan kepada sekumpulan bon yang setiap satunya mesti memenuhi ciri-ciri tertentu, iaitu bon mestilah selaras dengan syariah, masa matang minimum ialah satu tahun, saiz penerbitan minimum ialah sebanyak US250 juta dan mempunyai penarafan ‘BBB‘. Para pelabur menggunakan indeks ini sebagai panduan untuk membuat keputusan sama ada melabur atau sebaliknya. Contohnya, sekiranya pulangan bon atau sukuk yang diterbitkan oleh sebuah syarikat adalah lebih tinggi daripada indeks sukuk, maka pelabur cenderung untuk membeli bon syarikat tersebut.
isolationismfahaman pemencilanSains PolitikHubungan AntarabangsaFahaman yang menyokong dasar pemisahan diri dari dunia luar, yang pernah diamalkan oleh Amerika Syarikat pada suatu tempoh masa. Fahaman ini merujuk kepada sekumpulan ahli politik Amerika Syarikat yang mahukan negara tersebut tidak melibatkan diri dalam hal ehwal negara lain atau mengadakan sebarang perjanjian dengan negara lain.
briberyrasuahPentadbiranPentadbiran Awam

Tindakan menyalahgunakan kuasa untuk mendapat keuntungan sama ada dalam bentuk material mahupun perkhidmatan dengan memberi sesuatu barangan atau perkhidmatan kepada seseorang dan menerima imbuhan dari orang tersebut. Ia boleh berlaku apabila seseorang itu terdesak kerana mahukan keuntungan material atau boleh juga kerana ingin mendapatkan keuntungan secara segera. Contoh, seorang penguasa kerajaan tempatan yang menerima sogokan wang yang banyak dan sebaliknya ia memberikan pula lesen perniagaan kepada orang tersebut sebagai memenuhi permintaannya.


Kembali ke atas