Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.hu.pun] | ماهوڤون

Definisi : meskipun, walaupun; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.hu.pun] | ماهوڤون

Definisi : ataupun (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Terlampau duka terurah buntil,
     terlampau suka terurah rahsia.

Bermaksud :

Hendaklah bersikap sederhana dan hati-hati dalam segala hal (baik waktu duka mahupun waktu suka). urah = bongkar, urai; buntil = kantung daripada kain.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
administrative interventioncampur tangan pentadbiranPentadbiranTiadaTindakan pihak yang lebih berkuasa dan berada di luar badan pengurusan organisasi yang mencampuri urusan perjalanan, pelaksanaan mahupun pembuatan keputusan bagi sesuatu bidang tugas dan projek. Campur tangan pentadbiran boleh bersifat negatif mahupun konstruktif. Campur tangan yang konstruktif bertujuan untuk menjaga kepentingan organisasi dan mengelak berlakunya penyimpangan bidang tugas daripada garis panduan yang telah ditetapkan. Campur tangan ini boleh bersifat arahan, teguran, tindakan pembetulan dan penambahbaikan, kawalan serta pengawasan. Manakala campur tangan yang bersifat negatif akan cuba mempengaruhi urusan pentadbiran untuk kepentingan peribadi atau pihak tertentu. Campur tangan boleh berlaku dalam bentuk pembuatan keputusan yang berat sebelah, penyelewengan, salah guna kuasa, penindasan dan nepotisme.
ideal type bureaucracybidang kuasa pentadbiranPentadbiranTiadaDasar atau peraturan yang menyentuh hal ehwal penyeberangan sempadan negara yang melibatkan warganegara mahupun bukan warganegara. Dasar ini berkisar persoalan pengeluaran passport, kemasukan orang luar ke dalam negara, menangani masalah pendatang haram, penerimaan pekerja asing dan pengeluaran permit kerja, pengiktirafan suaka politik dan pelarian serta status penduduk tetap dan kewarganegaraan. Dasar yang banyak melibatkan undang-undang ini boleh jadi berbeza antara satu negara dengan yang lain. Dasar yang tertutup atau ketat menyukarkan penerimaan kemasukan warga asing ke dalam negara sama ada sebagai pelarian, pekerja mahupun pemohon penduduk tetap atau kewarganegaraan. Negara ini mungkin memerlukan visa dan pelawat perlu melalui pemeriksaan yang rapi sebelum dibenar masuk. Bagaimanapun bagi dasar imigresen yang longgar atau terbuka ia akan bersifat fleksibel dan boleh menerima pelarian, suaka politik, permohonan penduduk tetap atau warga negara dengan kadar yang lebih segera dan ringkas. Contoh dasar imi
uniqueunikKesusasteraanTiadaTersendiri dalam bentuk mahupun jenisnya.
dead knotbuku matiKejuruteraanTiadaBuku yang terpisah sepenuhnya mahupun separa daripada kayu yang di sekelilingnya.
conduitpembuluhKejuruteraanKejuruteraan BangunanSaluran daripada jenis semula jadi mahupun jenis buatan yang dibina untuk menyalurkan air.
head of departmentketua jabatanPentadbiranPentadbiran Awam

Individu dalam perkhidmatan awam yang dilantik untuk mengetuai dan mentadbir sesebuah unit, jabatan, pusat, sektor mahupun institusi. Beliau bertanggungjawab untuk membangunkan jabatan tersebut sesuai dengan matlamat dan hala tuju yang telah ditetapkan. Ketua ini juga bertanggungjawab memelihara kepentingan anggotanya termasuk pengembangan kerjaya kakitangan di samping melayan kehendak orang ramai yang berurusan dengannya. Seorang ketua berkuasa memberi arahan, membentuk strategi, menentukan dan mengawal perbelanjaan serta melaksanakan dasar yang telah ditetapkan oleh kementerian atau pihak yang lebih tinggi. Ketua jabatan bagaimanapun tertakluk kepada arahan peringkat yang lebih tinggi seperti pengarah atau ketua setiausaha kementerian mahupun eksekutif tertinggi. Contoh ketua jabatan ialah Ketua Jabatan Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka.

linegaris; talianKejuruteraanTiada1. Niskalaan matematik yang tidak mempunyai kelebaran mahupun ketebalan, hanya kepanjangan.,2. Surihan tunggal bagi alur elektron dari kiri ke kanan, merentasi skrin televisyen.,3. Pengalir tenaga elektrik.,4. Laluan bintik bergerak pada tiub sinar katod.,5. Sebaris lubang yang serenjang dengan arah maju bagi pita tertebuk.,6. Saling sambungan di antara dua peranti elektrik.,7. Kabel, talian telefon dan sebagainya, yang digunakan untuk menghantar dan menerima data komunikasi.,8. Sebaris aksara yang dicetak atau dipapar.,9. Satu siri aksara yang diterima sebagai suatu masukan tunggal oleh komputer.,10. Sebaris suruhan atau argumen pada atur cara komputer.
governmental interventioncampur tangan kerajaanPentadbiranTiadaTindakan pemerintah bagi mengawal perjalanan mahupun keputusan dalam pengurusan pihak persendirian dan swasta. Campur tangan ini boleh bersifat penetapan syarat yang mesti diikuti, sempadan yang mesti dipatuhi, pemeriksaan terhadap barangan dan keluaran. Campur tangan kerajaan biasanya dilakukan untuk memelihara kepentingan dan keselamatan negara namun secara tidak langsung boleh menggugat kreativiti, kebebasan dan pasaran. Campur tangan kerajaan juga boleh dilihat dengan jelas dalam transaksi ekonomi, penetapan harga barang, pembinaan infrastruktur, pelaksanaan kursus di universiti, perkembangan bahasa, alam sekitar, budaya, hiburan, kesihatan, pembangunan industri dan kebebasan berpolitik. Dalam banyak kes, campur tangan kerajaan tidak digemari oleh pihak yang berkenaan seperti pihak swasta yang menjalankan perniagaan sama ada perkilangan, pendidikan, hospital atau klinik, media, perdagangan import eksport dan sebagainya. Kegagalan mematuhi penetapan kerajaan akan dikenakan tindakan undang-undang. Contoh ca
maladministrationsalah pentadbiranPentadbiranPentadbiran Awam

Cara pengurusan jabatan kerajaan, syarikat swasta mahupun sebarang organisasi yang tidak mengikut peraturan. Pentadbiran ini melibatkan unsur rasuah, penyalahgunaan kuasa, pengurusan yang lemah dan tidak cekap. Amalan ini sering kali memperlihatkan pegawai membuat keputusan sendiri, yang mempunyai kepentingan peribadi. Salah pentadbiran ini boleh berlaku apabila pengawasan pihak atasan lemah dan kewujudan struktur pentadbiran yang tidak mantap. Contohnya, projek perumahan yang terbengkalai berlaku akibat salah pentadbiran dan penyelewengan.

palaeographical errorskesalahan paleografiKesusasteraanTiadaKesalahan tulisan kuno sama ada dari segi bentuk mahupun ejaan.
123456

Kembali ke atas