Keris Majapahit | Keris Majapahit | Keris | Tiada | Keris tertua yang telah digunakan sejak abad ke- 14 Masihi. Hulunya berbentuk seperti dewa yang membongkok serta menempatkan kedua-dua belah telapak tangannya ke atas kedua-dua belah lutut. |
purific | murni/nirmala | Kesusasteraan | Tiada | Sebuah cerita yang tidak mengandungi unsur-unsur asing di dalamnya. Contoh: Asal Usul Majapahit dan Asal Usul Negeri Pasai. |
Keris Taming Sari | Keris Taming Sari | Keris | Tiada | Keris yang dimiliki oleh pendekar Jawa yang bernama Taming Sari dari Majapahit. |
place name legends | legenda nama tempat | Kesusasteraan | Tiada | Cerita yang mengisahkan sesuatu tempat secara mencampuradukkan fakta sejarah dan mitos. Contoh: Asal Usul Majapahit dan Asal Usul Melaka |
etimological tales | cerita etimologis | Kesusasteraan | Tiada | Cerita yang menceritakan asal usul sesuatu kejadian, sifat, peristiwa dll. Contoh: Asal usul Beruang Berekor Pendek, Asal Usul Majapahit, Asal Usul Melaka dll. |
magico-religious rule | aturan-agama magis | Kesusasteraan | Tiada | Aturan keagamaan yang berbentuk ghaib. Contoh: dalam Hikayat Hang Tuah, Hang Tuah boleh bertukar bentuk menjadi harimau ketika menentang penjurit Majapahit. |
adhipati | adipati | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Gelaran kepada raja atau ketua daerah yang dilantik sebagai wakil raja. Penggunaan gelaran ini lebih bersifat kultus berbanding unsur politik pada zaman kebangkitan kerajaan kuno Zaman Klasik di Jawa. Contohnya Adipati Tuban bernama Ranggalawe yang dilantik semasa pemerintahan Raja Jayanagara (1309 M � 1328 M) di Majapahit. |
panji | panji | Kesusasteraan | Tiada | Gelaran yang diberikan kepada wira dalam kelompok cerita panji. Cerita panji merujuk kepada sejenis genre atau sekelompok cerita jawa yang dicirikan oleh watak, tema, latar dan plot yang tipikal. Cerita Panji ialah cerita Jawa asli, dan temanya bukan saduran daripada epik India. Cerita panji dipercayai tersebar pada zaman kerajaan Hindu-Jawa di Majapahit. Oleh itu, cerita ini memperlihatkan pengaruh budaya Hindu-Jawa yang pekat dan tidak menampakkan langsung pengaruh Islam. Cerita panji ialah cerita sastera istana yang berfokus kepada keperihalan hidup dan budaya istana. Cerita panji dikatakan sebagai sebuah epik kerana ceritanya yang panjang dan bersifat kewiraan, dan cerita ini dianggap sebuah roman kerana sarat dengan tema percintaan. Ceritanya berkisar tentang empat buah kerajaan Jawa, iaitu Koripan, Daha, Gagelang dan Kediri. Temanya berfokus pada percintaan antara Raden Inu, iaitu Puteri Ratu Koripan dengan Chandera Kirana, iaitu Puteri Ratu Daha. Cerita Panji disampaikan dalam bentuk prosa dan puisi. C |
anachronism | anakronisme | Kesusasteraan | Tiada | Kehadiran watak, peristiwa, objek, acara, ungkapan bahasa, atau unsur budaya di luar ruang waktu sejarah yang benar (kronologi), atau bertentangan dalam masa yang sebenar. Anakronisme umumnya wujud dalam karya tradisional (bercorak sejarah), fiksyen, atau drama yang mempunyai latar sejarah. Anakronisme mungkin wujud sebagai suatu teknik penceritaan yang disengajakan oleh pengarang dan boleh memberikan kesan yang menarik kepada khalayak sastera, khususnya kesan yang bersifat ironik, lucu, dan satira. Dalam kesusasteraan Melayu tradisional, anakronisme banyak terdapat dalam karya sastera bercorak sejarah seperti Hikayat Raja Pasai Sejarah Melayu dan Hikayat Merong Mahawangsa. Contohnya, dalam Sejarah Melayu terdapat peristiwa Sultan Mansur Syah berkahwin dengan Raden Galuh Cendera Kirana, Puteri Bentara Majapahit yang bernama Patih Gajah Mada. Catatan sejarah menunjukkan Sultan Mansur Syah memerintah antara tahun 1459 � 1477, sedangkan Patih Gajah Mada meninggal dunia sekitar tahun 1365, iaitu perbezaan jangk |