union security | keselamatan kesatuan | Pentadbiran | Tiada | Peruntukan dalam perjanjian antara kesatua dengan majikan yang menghendaki majikan membayar yuran sama ada mereka menjadi ahli ataupun tidak. |
employer liability takaful | takaful liabiliti majikan | Ekonomi | Ekonomi Islam | Skim perlindungan takaful yang wajib disediakan oleh majikan kepada pekerjanya seperti yang diperuntukkan dalam undang-undang. Pekerja akan menerima pampasan akibat kemalangan yang menyebabkan kecederaan anggota badan, kematian atau mengidap penyakit semasa menjalankan tugas. Caruman disediakan oleh majikan dan manfaat perlindungan akan diterima oleh pekerja. |
employers association | persatuan majikan | Pentadbiran | Tiada | Organisasi yang terdiri daripada majikan tempatan untuk menjaga kepentingan bersama berhubung dengan hal perniagaan dan perdagangan. |
employer's liability insurance | insurans liabiliti majikan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Insurans yang melindungi liabiliti majikan terhadap pekerja yang disebabkan oleh kecederaan atau penyakit yang bersabit dengan pekerjaan. |
employer's appointment record | buku catatan janji temu majikan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Buku yang mencatatkan janji temu majikan. |
employer's non ownership liability coverage | perlindungan liabiliti bukan milik majikan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Perlindungan insurans yang melindungi majikan terhadap liabiliti yang timbul berikutan penggunaan kereta persendirian untuk urusan syarikat. |
job contract | kontrak kerja | Pentadbiran | Tiada | Perjanjian yang dibuat antara majikan dan pekerja, iaitu pihak majikan menawarkan bayaran sama ada gaji atau upah kepada pekerja terhadap kerja yang dilakukan, dan pekerja bersetuju meneirma tawaran itu sebagaimana yang dikehendaki. |
performance evaluation | penilaian prestasi | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Penilaian sistematik yang dilaksanakan oleh majikan terhadap pekerja dalam usaha mengukur dan menilai kualiti perkhidmatan seseorang individu dalam suatu tempoh masa perkhidmatan, biasanya satu tahun. Penilaian boleh juga dirujuk sebagai apa sahaja tatacara yang melibatkan penetapan piawaian kerja dan penilaian prestasi sebenar pekerja berbanding piawaian dan pemberian maklum balas kepada pekerja. Antara tujuan utama penilaian prestasi adalah untuk membolehkan majikan dan pekerja berbincang tentang tahap kecekapan pekerja sepanjang tahun penilaian, membantu majikan mengenal pasti kelemahan dan kekuatan pekerja serta membuat keputusan yang lebih tepat dalam memberikan latihan dan pembangunan terhadap pekerja dan menjadi platform utama kepada majikan dalam menetapkan pampasan dan ganjaran. Memandangkan penilaian prestasi ini amat penting dalam fungsi pengurusan sumber manusia, majikan boleh memantau fungsi pengurusan sumber manusia dalam aspek perancangan sumber manusia, pengambilan dan pemilihan, latihan d |
collective bargaining | perundingan kolektif | Pengurusan | Perancangan | Suatu proses perundingan antara majikan dengan kumpulan pekerja mengenai peraturan dan isu-isu dalam hubungan pekerja-majikan seperti penggajian, persekitaran kerja, faedah-faedah dalam perkhidmatan dan aspek-aspek lain termasuk pampasan dan hak pekerja. Perundingan ini dijalankan secara formal dalam suasana yang baik bagi mencapai faedah dan kebaikan bersama. Kumpulan pekerja yang lebih formal dan teratur dengan suara yang lebih berpengaruh diwakili oleh kesatuan sekerja. Contoh kesatuan sekerja yang melakukan perundingan kolektif ialah Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE), yang menuntut perlindungan keselamatan yang lebih terjamin semasa mereka menjalankan tugas. |
retrenchment | pembuangan kerja | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Tindakan yang dikenakan oleh majikan memberhentikan kerja seseorang kakitangan dalam sesebuah organisasi. Biasanya, tindakan ini dibuat kerana berlakunya kemelesetan ekonomi, kekurangan keuntungan, ketidakstabilan politik, penggabungan syarikat, penggantian pihak pengurusan dan sebagainya. Dalam konteks ini, majikan mempunyai kuasa yang sah dalam mengenalpasti individu yang tidak menunjukkan prestasi yang produktif, berdasarkan tempoh masa tertentu untuk dibuang kerja. Kaedah ini dianggap kejam oleh sesetengah pihak kerana majikan dilihat bertindak tidak berlandaskan unsur-unsur kemanusiaan. |