bicameral council | majlis dwidewan | Sains Politik | Tiada | Badan pimpinan sesuatu organisasi yang terdiri daripada dua majlis seperti Majlis Keselamatan dan Majlis Perhimpunan Agung dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. |
County Council | Majlis Kawasan | Pentadbiran | Tiada | Badan atau organisasi yang bertanggungjawab melaksanakan pentadbiran sesebuah kawasan di bawah bidang kuasanya. Majlis kawasan mempunyai peranan dan fungsi tersendiri seperti menyelenggara sistem perparitan dan saliran, menyediakan kemudahan kesihatan, taman permainan, dan mengendalikan hal ehwal kebersihan. Majlis ini mempunyai kuasa untuk menjana pendapatan sendiri selain peruntukan dari kerajaan negeri. Terdapat beberapa kategori majlis kawasan seperti Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah. Majlis ini mempunyai ahli jawatankuasa tersendiri yang bertanggungjawab kepada kerajaan negeri dan diselaras melalui Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan. |
Federal Council | Majlis Persekutuan | Pentadbiran | Tiada | Badan atau organisasi yang ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan bagi menjalankan tugas penyelarasan pentadbiran dalam sesuatu bidang tertentu. Badan ini juga berperanan melicinkan perjalanan jentera pentadbiran kerajaan persekutuan. Terdapat beberapa jenis majlis persekutuan seperti Majlis Tanah Negara, Majlis Kewangan Negara dan Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan yang ditubuhkan oleh kerajaan pusat. Manakala Majlis Tindakan Negara, Majlis Keselamatan Negara dan Majlis Tindakan Ekonomi Negara ditubuhkan di bawah kuasa eksekutif untuk membantu Jemaah Menteri menyelaraskan kegiatan kementerian di peringkat persekutuan. |
khiyar majlis | khiyar majlis | Perniagaan Islam | Tiada | Hak pemilihan pihak berakad ketika berada di majlis akad. Sekiranya salah satu pihak menggugurkan hak pemilihan, maka pihak lain masih berhak membuat pilihan untuk meneruskan atau membubarkan akad selagi majlis akad belum tamat. |
Committee of the Whole House | Jawatankuasa Seluruh Majlis | Undang-undang | Tiada | Jawatankuasa yang tertubuh apabila sesuatu majlis mesyuarat badan perundangan membuat keputusan bahawa majlis itu akan bertukar menjadi suatu jawatankuasa untuk membincangkan secara terperinci sesuatu perkara yang sudah dibincangkan dari segi dasar oleh majlis itu. |
session | penggal | Undang-undang | Tiada | Persidangan Majlis yang bermula dari permulaan Majlis bermesyuarat selepas ditubuhkan Majlis atau selepas dihentikan atau dibubarkan Parlimen pada bila-bila masa dan yang berakhir apabila Parlimen dihentikan atau dibubarkan dengan tidak dihentikan terlebih dahulu. |
cocktail party | majlis koktel | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Majlis atau perhimpunan tak formal atau separuh formal biasanya untuk perbincangan dan semasa majlis, minuman terutamanya beralkohol disajikan. |
AFTA Council | Majlis AFTA | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Majlis yang dianggotai oleh menteri ekonomi atau perdagangan negara anggota Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN). Majlis tersebut bertanggungjawab melaksanakan dasar liberalisasi tarif dalam Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA). Lihat juga Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA). |
meeting | mesyuarat | Undang-undang | Tiada | Persidangan Majlis yang bermula dari majlis bermesyuarat pada kali pertama selepas dipanggil mesyuarat pada bila-bila masa dan yang terakhir apabila Majlis ditanggungkan selama lebih daripada 14 hari atau dengan tidak ditentukan tarikh mesyuarat atau setelah tamat sesuatu penggal Parlimen. |
NITC (National IT Council) | NITC (Majlis IT Negara) | Teknologi Maklumat | Tiada | Majlis yang merupakan kumpulan pemikir yang memberi nasihat berkaitan strategi teknologi maklumat dan komunikasi kerajaan Malaysia. Majlis ini dipengerusikan oleh Perdana Menteri dan mengandungi ahli daripada sektor awam, swasta dan komuniti yang berminat. |