Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (orang yg) pendiam tetapi banyak berfikir atau pengalaman; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Puisi
 

Apa bekal pergi ke Cempa,
     Untuk makan dalam perahu;
Biar mahal barang ditempa,
     Jika borong saya tak mahu.


Lihat selanjutnya...(299)
Peribahasa

Api makan sekam (= dedak).

Bermaksud :

Perbuatan jahat atau rindu dendam yang tersembunyi. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti api makan [= dalam] sekam).

 

Lihat selanjutnya...(21)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
fastingpuasaBiologiPatologiKeadaan yang dilalui oleh vektor yang tidak diberi makan dalam tempoh yang pendek, misalnya dengan mengasingkan vektor tersebut daripada perumahnya. Ini bertujuan supaya vektor tersebut menjadi lebih rakus hingga dapat menghisap lebih banyak sap yang mengandungi virus.
great barracudaalu-aluPerikananTiadaSejenis ikan pelagik daripada famili Sphyraenidae, genus Sphyraena yang berhabitat di dalam air masin. Ikan alu-alu dewasa gemar berenang dalam kumpulan yang besar di kawasan terumbu laut, manakala yang bersaiz kecil pula gemar berenang di kawasan pantai, dan memasuki sungai serta lagun. Ikan ini daripada jenis pemangsa yang memakan sotong dan ikan kecil. Ikan ini sangat agresif dan dikategorikan sebagai ikan rekreasi. Masa terbaik untuk memancing ikan ini ialah pada musim bertelur di kawasan muara sungai kerana ikan alu-alu akan menuju ke kawasan tersebut untuk bertelur dan makan dalam jumlah yang lebih banyak daripada biasa. Sinonim kacang-kacang.
parasitic wormcacing parasitVeterinarTiadaCacing yang menjadi parasit pada ternakan. Terdapat beberapa jenis cacing yang terlibat iaitu cacing gelang, cacing pipih dan cacing pita. Contoh cacing gelang ialah Ascaris spp yang menyerang lembu dan babi yang terdapat di dalam saluran pencernaan. Contoh cacing pipih pula ialah Fasciola hepatica yang menyerang organ hepar ternakan. Manakala contoh cacing pita ialah Taenia saginata yang menyerang di sepanjang usus ternakan. Kesemua cacing ini menghisap darah perumah dan menyebabkannya kurus, merencatkan pertumbuhan, mengurangkan kecekapan makanan dan mengurangkan selera makan. Dalam keadaan yang serius boleh menyebabkan kematian pada ternakan. Kewujudan cacing ini yang menyerang ternakan boleh menyebabkan kerugian dari segi ekonomi kepada pengusaha ladang.
appetite suppressantpenekan selera makanFarmasiFarmakologi1. Agen yang mengurangkan selera makan dan biasanya digunakan dalam rawatan obesiti. Agen ini bertindak mengawal atur pusat selera makan dengan meningkatkan kepekatan serotonina atau katekolamina di bahagian otak. 2. Agen yang digunakan untuk menggalakkan pengurangan berat badan dengan mengurangkan selera makan atau meningkatkan rasa kenyang. Contohnya, sibutramina, fentermina dan fluoksetina.
appetite suppressantpenahan selera makanPerubatanTiadaBahan yang mengurangkan selera makan dan biasanya digunakan dalam rawatan obesiti. Ia bertindak dengan cara mengubahsuai sistem selera melalui laluan katekolamina atau serotonina di otak yang mengubah kepada perasaan lapar dan kenyang. Antara ubat yang digunakan sebagai penahan selera makan ialah Amfepramone, Phentermine, Fenfluramine dan Fluoxetine. Sinonim agen anorektik.
acquisition feeding timemasa makan perolehanBiologiPatologiTempoh vektor makan pada sumber virus (tumbuhan sakit), dalam ujian penularan virus. bd. masa perolehan.
sideboardkayu tanpa empulur;saidbodPentadbiran PerniagaanTiadaMeja yang biasanya ada laci dan almari dilekatkan pada dinding dalam bilik makan.
sideboard clothalas saidbodPentadbiran PerniagaanTiadaAlas biasanya daripada kain untuk menutup meja yang biasanya ada laci dan almari dilekatkan pada dinding dalam bilik makan.
cannibalkanibalSejarahTiadaKumpulan manusia yang makan daging manusia dalam zaman prasejarah.
Rufert granulesbutiran RufertKejuruteraanKejuruteraan KimiaMangkin nikel atau nikel Raney dalam bentuk butiran yang digunakan dalam proses penghidrogenan minyak makan biasa dan dipraturunkan dan distabilkan di dalam lemak yang telah dihidrogenkan.
123456789

Kembali ke atas