activities of daily living | aktiviti hidup harian | Jururawat | Tiada | Keperluan fizikal dan psikososial asas yang dilakukan sendiri oleh individu yang sihat. Keperluan ini berasaskan teori Virginia Henderson yang mengandungi 14 aktiviti harian, contohnya pernafasan. kebersihan diri, keselesaan. makan dan minum. |
toxic manifestation | manifestasi toksik | Veterinar | Tiada | Tanda-tanda ketoksikan yang dapat dikesan pada ternakan sama ada dari aspek luaran atau dalaman. Antara tanda luaran yang dapat dilihat ialah pertumbuhan ternakan terjejas, kurang selera makan, kurus, mengasingkan diri, lemah, anemia, jaundis, diarea, berjalan terhoyong-hayang, separa buta, hilang koordinasi, muntah, kencing berdarah, pengeluaran air liur berlebihan, rebah, koma dan boleh menyebabkan kematian. Manakala tanda ketoksikan dalaman pula dapat dilihat selepas ternakan dibedah siasat. Antara tandanya ialah nekrosis pada hepar dan ginjal, jaundis, permukaan dalaman saluran pencernaan dan pernafasan kelihatan abnormal atau berdarah dan pengumpulan lemak secara berlebihan pada organ tertentu. Walau bagaimanapun, jika sesuatu keracunan berlaku pada ternakan, tidak semua tanda ini dapat dilihat kerana sesetengahnya khusus untuk keracunan tertentu sahaja. Lihat juga mineral toksik. |
basic activities of daily living | aktiviti kehidupan harian asas | Kejururawatan | Tiada | Aktiviti harian penjagaan diri untuk hidup. Contohnya, pernafasan, makan, mandi, memakai pakaian dan ke tandas dengan sendiri. |
Batesian mimicry | kemimikan Batesian | Biologi | Ekologi | Kemimikan spesies yang boleh dimakan dengan spesies yang tidak boleh dimakan oleh pemangsa untuk melindungi diri. Misalnya, spesies rama-rama yang boleh di makan oleh burung menyerupai spesies rama-rama yang tidak boleh dimakan oleh burung. |
hierarchy of needs | hierarki keperluan | Pentadbiran | Tiada | Teori tatatingkat keperluan manusia yang di susun mengikut turutan, iaitu daripada peringkat asas seperti makan, minum, seks, dan sebagainya sehinggalah kepada keperluan yang paling tinggi seperti pencapaian hasrat diri. |
acclimatization | penyesuaian iklim | Veterinar | Tiada | Perubahan-perubahan yang dilakukan oleh ternakan dalam menghadapi pelbagai tekanan persekitaran seperti perubahan panjang siang, suhu udara, kelembapan, angin dan sebagainya. Contoh perubahan yang dilakukan oleh ternakan ialah bernafas dengan pantas, melindungi diri di bawah teduhan, kekurangan selera makan dan perubahan berat badan. Perubahan ini akan berlarutan selama 2 hingga 4 minggu. Antara kaedah yang digunakan untuk mengatasi perubahan ini ialah dengan memberi ubat antitekanan seperti vitamin dan makanan diperkaya. |
acetonuria | asetonuria | Veterinar | Tiada | Penyakit yang disebabkan oleh gangguan metabolisme yang berpunca daripada pemakanan. Penyakit ini berlaku kesan daripada pengumpulan aseton yang disebabkan oleh peningkatan kandungan dalam darah, sehingga menyebabkan keracunan. Penyakit ini menunjukkan ciri-ciri ternakan yang mengalami keadaan hipoglisemia, kehilangan selera makan, berkeadaan lemah dan mengasingkan diri. Hal ini berlaku pada peringkat akhir kebuntingan atau pada peringkat pengeluaran susu yang tinggi. Keadaan ini terjadi disebabkan oleh kekurangan kandungan tenaga dalam makanan untuk keperluan tahap fisiologi haiwan tersebut. Tenaga yang meningkat secara mendadak semasa peringkat kebuntingan akhir dan pengeluaran susu yang tinggi akan menyebabkan keperluan simpanan lemak diuraikan untuk menghasilkan tenaga. Dalam proses ini aseton turut dihasilkan. Aseton tidak dapat dikeluarkan dengan segera melalui air kencing dan menyebabkan kandungannya meningkat di dalam darah. Keadaan ini juga boleh berlaku pada haiwan biasa yang kekurangan mak |
mood disorder | kecelaruan rasa hati | Psikologi | Psikologi Umum | Kumpulan gangguan emosi yang terdiri daripada kemurungan teruk sehingga ke tahap mania ekstrem. Terdapat dua jenis kecelaruan rasa hati, iaitu depresi dan kecelaruan bipolar. Individu yang menghidap kecelaruan depresi akan mengalami dan memperlihatkan kesedihan dan putus asa yang dibesar-besarkan, berpanjangan atau tidak berasas. Simptom-simptom depresinya ialah kesugulan, ketidakupayaan dan tidak dapat merasai kegembiraan atau tidak berminat terhadap sesuatu. Mereka juga memperlihatkan simptom seperti kelesuan, tidur dan makan yang terganggu, rasa tidak berguna, imej diri yang negatif dan perasaan ingin membunuh diri. Individu yang mengalami kecelaruan bipolar pula memperlihatkan pola emosi turun naik yang ekstrem dalam perasaan gembira dan sedih. Kecelaruan ini boleh dialami secara berpanjangan tetapi tidak teruk. Walau bagaimanapun, terdapat kecelaruan rasa hati lebih teruk yang memperlihatkan emosi yang sangat negatif seperti merasakan kegagalan, berdosa, tidak berguna, menjauhkan diri atau bertindak untu |
mental retardation | kerencatan mental | Psikologi | Psikologi Umum | Tahap kemampuan mental individu yang berada di bawah paras normal. Individu yang mengalami kerencatan mental biasanya mempunyai darjah kecerdasan yang kurang daripada 70. Walau bagaimanapun, individu ini masih boleh melakukan tugasan biasa seperti makan, memakai pakaian, berkomunikasi, berbelanja dan bekerja. Individu ini boleh merasakan penolakan, pemencilan, sindiran atau cercaan. Sekiranya individu tersebut diberi peluang dan sokongan semasa peringkat kanak-kanak, biasanya mereka akan mampu menyesuaikan diri dengan masyarakat dengan baik. |
cognitive behavioral therapy (CBT); | terapi tingkah laku kognitif | Psikologi | Psikologi Umum | Pendekatan psikoterapi yang bertujuan untuk menyelesaikan masalah berkaitan dengan disfungsi emosi, tingkah laku dan kognisi melalui prosedur sistematik yang berorientasikan matlamat. Terapi ini berkesan untuk merawat pelbagai masalah termasuk perasaan hati, kebimbangan, personaliti, tingkah laku makan, penyalahgunaan bahan dan kecelaruan psikotik. Terapi ini boleh digunakan untuk merawat individu atau kelompok dan biasanya disesuaikan supaya dapat diaplikasikan pada diri sendiri. |